+Salam buat semua.Malam ni saya berseorangan.Ditemankan buku-buku dan kerja-kerja yang tertangguh dan mesti dihantar esok.Sudah menjadi kewajipan saya untuk menyelesaikan kerja-kerja disaat akhir.Woha!Esok sudah pasti akan bermata panda berjalan ke kelas seawal 8 pagi.Aiyok!+
+Kali ini nak ceritakan beberapa kisahlah kepada kawan-kawan semua.Cerita-cerita yang kadang-kadang atau selalu-selalu kita alami dan kita dengar.Semestinya kisah cinta lah!haha!Tipu la kalau cakap ada yang tak pernah bercinta kan.Cinta monyet ke, cinta pandang-pandang jeling-jeling ke, cinta sehari semalam ke, cinta kontrak ke, semua tu dalam golongan cinta jugak la kan.Tapi kali ni nak cakap pasal cinta pandang pertama.Ha...+
+Ada ke cinta pandang pertama tu???Siapa yang pernah merasa,pasti akan terasa kewujudannya.Bak kata pepatah, mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidur tak lena dek penangan cinta pandang pertama ni.Tapi bila dah putus atau pun clashed, susah ke nak lupakan cinta pertama???Kenapa???+
+Pelik apabila seseorang tu dapat terima balik bekas masing-masing walaupun sudah ditinggalkan beberapa tahun.Bukan hari,bukan minggu,bukan bulan,tapi tahun!!!huh~~~+
+Bagi saya kadang-kadang tak boleh nak terima orang macam ni.Tak kisah lah lelaki atau perempuan.Saya pun pernah alami cinta pertama tapi tak pernah pula nak cari atau nak jejak kasih dengan bekas dulu.Bagi saya yang lepas biarlah lepas.Usah dikenang.+
+Pernah juga terfikir betapa hebatnya cinta pertama.Segala kesalahan lalu ditutup dan lembaran baru dibuka.Sejarah dulu jadi kenangan yang disimpan dengan rapi dan kenangan yang mendatang akan dilukis dengan pelbagai corak dan warna.CINTA!+
+Saya pun pernah juga alami cinta ini.Bukan menjadi seorang pencinta,tapi seoarang mangsa.Walaupun bercinta sudah lama,tapi dia tetap kembali pada yang dulu.Masih terkenang lagu dan irama yang dulu.Masih teringat jalan dan jambatan tempat persinggahan.Masih teringat hadiah kenangan.Masih teringat detik pertemuan.Semuanya dari cinta pertama dia! Dan bukannya cinta saya.+
+Tapi kalau hati memang nak yang dulu,kenalah relakan.Cinta paksa ni takkan bawa kemana.Ke pelamin pun tidak.ke kubur pun tidak.Andai ada jodoh yang baik,akan bertemu lagi sang cinta.Andai tiada jodoh di dunia,DIA tetap ada.Menemani tiap perjalanan dan onak yang diharungi.+
+Tapi memang tak disangkal lah.Cinta pertama memang hebat!+
Sunday, August 15, 2010
.:di meja penulis:.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

6 comments
same here! saya pun tgh study depan lappy. hahahaha ;p
daboo:hehe~rajinnya studi~saya wat homework saat akhir~hehe~
hmmm...sekali pon x penah becinta walau seperti monyet bercinta :)...jd x dak pengalaman...hehe
klu setakat tengok n minat n suka tu ada la...itu org panggil syok sendiri ja kan..haha :)
macm:apsal syok sendiri je~g la try2 ushar2 awek 2~kot2 dia pun bekenan juga dengan awk~mana la tau kan~hehe~
cinta pertama..xdpt dilupakan bile tengok kotak pensel
"Lawak Antara Benua oleh Kartunis Lambok"
@pawaka19
apa y ade kat kotak pensel awk 2?gambar sapa wak???hehe~
Post a Comment