Wednesday, February 2, 2011

.:10 penyakit yang termahal di dunia:.

.

As salam semua.Kali ini jom kita kongsi info tentang 10 penyakit yang paling mahal harganya untuk kita rawat.Bila dah tahu tentang penyakit ni jangan lupa elakkan diri dari mendapat penyakit ini.Yela,dari menghabiskan duit yang banyak untuk merawat penyakit ni baik kita laburkan duit kita ke arah yang lagi baik.Maknanya,rajin2 la jaga kesihatan!

1)Penyakit mental (gila!)

Dikatakan pembuatan ubat untuk penyakit ini amat susah untuk dicari dan ditemui oleh para pakar prubatan kini.Contoh penyakit mental ini ialah Alzheimer,Parkinson,tekanan perasaan (depresi) dan lain2 lagi y melibatkan mental.Tu pasal ramai betul yang masuk Hospital Tanjung Rambutan tapi sikit pula yang pulih.Isk2...Selalunya orang yang mempunyai masalah mental ni timbul sebab kesalahan diri sendiri juga.Oleh itu jika ada masalah yang membuatkan anda tension,jangan sesekali anda pendam.Berceritalah dan cari penyelesaian masalah tersebut.Jumpa dengan orang yang lebih pakar dalam menangani masalah anda.Jangan pendam!Kelak akan memakan diri kita sendiri.

2)Penyakit jantung

Penyakit ini dikatakan pembunuh no.1 dalam kalangan manusia.Hal ini kerana manusia tidak menitikberatkan hal  kesihatan.Dimana2 sahaja kita boleh lihat orang bebas menghisap rokok,makan makanan yang tidak berkhasiat seperti junk food dan makanan segera.Kurang bersukan tapi banyak menghabiskan masa di depan tv,tidur,melepak di kafe2 dan banyak lagi tabiat buruk yang boleh menyebabkan penyakit ini.Sayangilah jantung kita kerana bukan senang nak dapat penderma bila jantung kita dah tak berfingsi dengan baik lagi.

3)Trauma

Banyak jenis trauma yang boleh kita nampak.Trauma kemalangan,kebakarab,rompakan,rogol dan banyak lagi.Oleh sebab jenis penyakit trauma ni terdiri dari pelbagai jenis trauma yang berbeza2,jadi pakar perubatan sukar untuk menentukan rawatan bagi setiap jenis trauma ini.Malahan juga alatan yang digunakan juga cukup mahal.Boleh kalau nak merawatnya secara semulajadi.Kekuatan yang kuat dari dalam diri seseorang dan sokongan dari insan2 sekelilingnya.Lama kelamaan dia akan jadi kuat semula untuk melawan trauma tersebut.

4)Kanser

Ramai yang dah sedia maklum tentang penyakit ini yang membunuh secara perlahan2 dari dalam badan kita.Penyakit kanser amat susah untuk dikenalpasti pada peringkat awal dan menyebabkan doktor susah untuk menentukan dos dan jenis ubat yang diperlukan oleh pesakit.Antara kanser yang termahal untuk diubati adalah kanser usus besar,payudara,prostat dan paru2.Jadi,elakkan dari merokok dan jagalah pemakanan yang kita ambil untuk elakkan penyakit yang membunuh ini.

5)Penyakit paru2

Ini melibatkan salur pernafasan kita.Contoh penyakit adalah asma dan radang paru2.Selalunya punca penyakit ini adalah dari apa yang kita hidu dan hirup sekarang.Berapa peratus kesegaran udara kita sekarang?Renung2kan la~

6)Hipertension(tekanan darah tinggi)

Dikatakan penyakit ini semakin meningkat walaupun dalam usia yang muda.Hal ini berlaku kerana ada segelintir dari kita kurang menitikberatkan hal pemakanan yang diambil sepanjang kita menjalani proses pertumbuhan.Ubatnya juga sangat mahal berdasarkan kualiti ubat yang dihasilkan.Malahan,jenis ubat yang perlu diambil juga dalam kuantiti yang agak banyak.Dah la kuantiti banyak,bayar pun mahal,makin tinggilah darah pesakit2 ni.

7)Osteoarthritis(radang sendi)

Selalunya ditanggung oleh pesakit yang sudah tua apabila sendi kita dan tak mampu untuk menampung pergerakan akibat sudah dimamah usia.Semua ini berdasarkan pemakanan kita sejak kita kecil sehinggalah kita dewasa.Jangan bila dah tua baru nak tukar menu makanan berkhasiat sedangkan masa muda dulu habis ditibai makanan tak berkhasiat.Susah la macam tu dik oi..

8)Sakit punggung

Hahahaha.Susah nak takrifkan penyakit ni.Yang pastinya,jagalah pemakanan ye.Bila dah puas masuk dari depan (mulut) nanti susah pulak nak keluarkannya dari belakang (punggung).

9)Penyakit ginjal

Penemuan teknik dialisis dalam menangani penyakit ini menyebabkan rawatannya menjadi mahal kerana alatan yang digunakan.Jaga ginjal baik2.Bukan senang nak dapat penderma yang sesuai dengan kita.

10)Diabetes

Penyakit ini memang sangatlah popular dalam kalangan manusia zaman kini.Kat mana2 ada diabetes ni.Tak kisah lah pada yang gemuk mahupun yang kurus.Dari penyakit ini akan datang lagi banyak penyakit.Tu sebab makin mahal juga la harga ubat2nya.

Secara kesimpulannya kita lihat penyakit2 ini kebanyakkannya datang dari perut kita sendiri.Dari apa yang kita makan disekeliling kita.Jadi,mari sama2 kita jaga kesihatan kita dan elakkan dari penyakit2 diatas tadi.Semoga jumpa lagi ye.As salam.

2 comments

yahaya said...

info menarik

+qasih nadira+ said...

yahaya:hehehe~mekasih kerana mbaca~
n__n


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile