As salam semua.Kali ini saya nak bincangkan tentang topik yang selalu kita lakukan tapi kita jarang sedar apa yang kita lakukan.Agak pening sikit ayat tadi.Ok,kita terus je kat point utama tajuk kali ini k.Selalunya,selepas anda bukak akaun blogspot@wordpress@website masing2,apa yang anda perhati kan dulu?
Setelah kajian dibuat dalam jangka masa yang tidak diduga keatas seorang bahan eksperimen,iaitu diri sendiri,saya akan menyenaraikan perkara2 yang sering saya atau anda lakukan dan kenapa ia menjadi amat penting kepada kita.
+Kajian ini adalah keatas diri saya sendiri dan tidak ada kene mengena dengan orang lain.Jika ada terkena sikit2 atau tersipi2 sikit,harap jangan marah saya sebab saya pun buat jugak.HAHA.
+Kajian ini dilakukan dalam masa yang amat singkat dan tidak pasti adakah objektif tercapai dan adakah hipotesis kajian diterima atau ditolak.Nantikan diakhir kajian saya ini.
+Kajian ini untuk menyenaraikan perkara utama si bahan eksperiment lakukan selepas log in blogspot nye.
Berikut adalah senarai perkara tersebut mengikut keutamaan sehinggalah kurang utama.
1)Ushar komen
Paling penting sekali la sebab nak tengok adakah post yang telah kita tulis akan menarik minat ramai ataupun sikit2.Huhu.Sebagai hasil blog si bahan eksperimen kurang pengomennya.Ini mungkin disebabkan tajuk post yang kurang menarik dan tidak menepati citarasa blogger yang lain.Cara atasi masalah ini,pastikan kita asah otak kita sampai berkilat untuk mendapatkan komen2 yang mencecah sampai langit pertama.Ushar jugak blog lain yang mempunyai pengomen dengan jumlah yang tertinggi.
2)Jenguk shoutmix @ chatbox
Selalunya dari sumber ini kita dapat ketahui nilai traffik kita.Tu pasal kalo tengok dalam blog si bahan eksperimen,beliau begitu tamak kerana meletakkan terus kedua2 shoutmix dan chatbox.Setelah diselidik,beliau telah memberi alasan bahawa untuk mengelakkan para blogger yang lain tidak berasa sukar untuk meninggalkan jejak kaki mereka setelah beliau mengundang dengan seribu muka tembok pada wajah beliau.HAHA!Tapi ada sebab lain jugak,sebab sebelum ini pernah shoutmix gagal berfungsi dan itu menyebabkan beliau nekad dan tekad membolot dengan rakusnya kedua2 kotak mesej ini.WOHA!
3)Bilangan follower setia
Ini memang kena tengokla sebab nak ushar siapa si blogger yang telah tertarik dengan si bahan eskperimen dan suka datang ke blog beliau.Ini memang tak ada paksaan la.Siapa yang nak follow,sila kan follow dan jikalau yang tak sudi,anda tetap saudara saya,iaitu saudara sesama manusia.Betulkan?Jikalau follower dalam blog tu sikit dan ada tertimbul2 busuk hati dengan para blogger lain yang mempunyai follower yang bergunung2,saya sarankan anda paksa dan tengking je blogger lain untuk follow anda.HAHA.Ini memang kejam la.Tapi ingat,saya tak buat tau.Tu pasal follower saya ciput je.Tapi tak pe,saya sangat hargai mereka!
4)Iklan nuffnang
Ini kena pastikan iklan nuff sentiasa dalam keadaan sihat dan boleh bekerja dengan baik setelah di klik banyak kali oleh agen2 rahsia yang tela pakat awal2.HAHA.Ini tak berlakulah dalam blog saya ye.Cuma lepas saya klik nuff orang lain,saya akan tulis kat chatbox mereka,"TEMBAK NUFF ANDA,JGN LUPA NUFF SAYA YE".HEHE.Ni kalau mood nak mintak ikhsan la.Tapi selalunya saya meng-klik dengan seikhlas hati.Guna jari kat tangan kanan lagi tu.Sebab kalau nak derma,sorokkan jari jemari kat tangan kiri.Ini kata2 pujangga la.
5)Tengok latest post blogger lain
Lepas dah bosan tatap blog sendiri,jadi saya akan scroll tajuk2 post yang menarik di mata dan di otak saya.Kalau post tu menawan hati dan sanubari,saya akan terus komen post tersebut.Paling tidak pun,saya tetap akan tinggalkan jejak kaki saiz 7-8 ini di chatbox mereka.Tu sebagai tanda saya jelajah dan terjah blog anda!Kan saya dah kata,saya memang menghargai anda!
6)Tukar template atau layout baru
Ini mesti lah kena buat sebab si bahan eksperimen sangat la cepat bosan kalau dah terlalu biasa hiasannya dimata beliau.Oleh sebab itu beliau snggaup stay up sampai pagi semata2 nak pastikan pandangan mata beliau rasa bahagia kalau tengok blog sendiri.Ini pun amat penting sebab kalau blog sendiri ceria dan kemas,makin bersemangatlah kita nak teruskan hobi dalam dunia blogging ini.
7)Cari teman baru
Ini memang pernah dibuat oleh si bahan eksperimen.Kadang2 rasa nak tukar taste tengok blogger2 baru dalam dunia blog ni,beliau akan terjah blog yang difollow.Lepas tu,dari blog si polan,dia akan cari nama2 baru dalam senarai kawan atau dalam chatbox si polan.Lepas tu bermulalah sesi terjah menerjah berlaku sehinggalah si bahan eksperimen berasa penat dan nak tidur.HUHU.
8)Tulis post dan idea
Selalunya tulis post ni boleh berada di carta teratas mahupun dibawah.Kalau ada cerita hangat yang nak dikongsi bersama,pastinya si blogger akan menekan new post sebaik sahaja log in blogspot.Tapi kalau masa tu memang dah tahap kering konteng idea,menulis post baru akan menjadi no yang terakhir dalam carta.Jadi,kedudukannya boleh berubah2,variable.HAHA.
9)Sign out
Selalunya lepas dah bosan tahap gilak dan dah ngantuk gilak,perkataan 'Sign Out' adalah perkataan yang paling diminati ramai.Sebab lepas tekan perkataan ini,si blogger dapat tidur dengan nyenyak sambil nantikan apakah respon orang ramai tentang psot yang baru dipostkan tadi.
Ok!Rasanya itulah rutin yang selalu saya akan buat kalau log in ke blogspot.Lama2 boleh jadi bosan juga kan.Apa kata kawan2 yang lain sudi2kan berkongsi perkara2 yang biasa anda lakukan.Mungkin lepas ini saya boleh cuba benda baru pula kan dan anda pun boleh belajar sesuatu dari post kali ini.Semoga kita berjumpa lagi!
As salam.
2 comments
haha..semua betul..lagi2 klu bab tukar template..syiok..:)
p/s..ade tertinggal satu bende lagi..check stats..penting tuh..
wan haffiz:oh,saya tak pernah cek stats.pasni nak cek gak la.kira selera kita sama juga la kan~
Post a Comment