As salam semua.Perasaan?Perlu ke kita nak ekspreskan pada semua orang?Dalam keadaan macam mana nak ekspreskan?Jenis macam mana?HAHA.Persoalan ini sering timbul dalam otak saya kalau saya rasa tak puas hati dengan orang lain.HUHU.Bila rasa nak marah,fikir sampai berpuluh2 kali adakah tindakan marah saya tu akan menyebabkan sesuatu yang negatif atau memburukkan lagi keadaan.Ada beberapa situasi yang menyebabkan saya terfikir lama2 sampai penat nak fikir lagi.Adakah anda berasa keadaan yang sama atau lebih teruk lagi?
1)Burukkan kita depan orang lain
Bab ni paling lemah la bila orang lain down kan kita depan manusia lain.Bila datang je detik dan saat ini saya akan cuba untuk bersabar dan membuatkan keadaan enjoy.Bila dah dia cerita sampai orang kampung sebelah pun tau,tu memang tak leh tahan la.Senang cerita,kita jadi bahan gelakan orang lain terhadap lawak dia.Yang dapat nama pelawak adalah dia dan saya menjadi orang "buduh" kerana "diperbuduhkan".Kita boleh je nak jadikan orang lain bahan gelak tapi fikirkan lah gak perasaan dia.Bukan dengan semua orang dia boleh "diperbuduhkan".
2)Mengganggu privasi hidup
Ini pun salah satu kes berat gak.Dalam berkawan memang kita selalu nak berkongsi dan bercerita tentang diri kita sendiri.Tapi ada sesetengah perkara yang harus kita hormat dalam persahabatan ni.Bukan semua perkara kita perlu ambil tahu pasal dia.Geram juga la kalau orang lain tak pandai nak hormat privasi kita.Macam2 perkara nak ambik tahu.Lepas tu persoalkan kenapa perkara tu perlu ada.Bagi saya,saya tak peduli la dengan apa orang lain fikirkan tentang diri saya.Kadang2 orang yang berimej buruk ni ada hati perut berbanding SEGELINTIR yang berimej baik tapi busuk hati.Sepatutnya kita hidup sama2 sebagai kawan,kita perlu saling memahami antara satu sama lain dan bukan wujudkan peperangan serta pertelingkahan yang memberi kesan lebih buruk pada diri masing2.
3)Pinjam sesuatu,tapi lambat nak pulangkan
Salah satu masalah yang payah saya nak tegur.Bukan ada,ini adalah TANGGUNGJAWAB masing2 bila dah pinjam barang orang lain.Jangan la peram lama2 sangat atau peruk sampai jeruk.Peliklah dengan sikap manusia macam ini.Mereka takkan tak terfikir apa2 tentang perasaan si mangsa?Adakah si mangsa perlu barang tersebut?Ini tak,selagi tak didesak,selagi tu dia buat "buduh" saja.Kalau saya,buat kali pertama saya akan biarkan dulu sebab saya boleh kesan la sikap buruk beliau.Pasni,takmo kasi pinjam dah..aiyo..
4)Menunjuk sangat
Paling tak suka!Saya sedar kadang2 ada sesetengah perkara saya tak mampu nak miliki tapi susah la kalau ada orang sekeliling yang suka menunjuk ni.Dah la saya ni kuat cemburu.Kang kasi bakar barang tu kang bu tau.Jelik sikit la dengan spesies manusia macam ni.Kalau ye pun ada barang baru,tak payah cerita sampai 24 jam.Lagi senang diam je dan tunggu orang lain tegur.HUHU.
5)Minta izin dulu
Ini pun salah satu cara yang elok dalam persahabatan.Minta izin dulu kalau nak pegang,sentuh,ambil,belek atau apa2 je kat barang dia.Mana tahu kalau dia tak senang bila kita belek2 cincin 40 karat dia ke.Hati orang ni kita tak tahu tau.
6)Elakkan orang lain buat kerja kita
Perkara yang perlu ambil berat juga walaupun ada segelintir yang tak kisah.Contohnya bila keadaan bilik tak terurus.Elakkan kawan kita yang lain tolong buat semua benda.Sekurang2nya ringan2kanlah tulang tu nak tolong mereka.Janganlah tengok simpati je.Mereka tak mintak pun simpati orang lain.
Ok,semoga jumpa lagi ye.As salam
2 comments
salam ziarah dan kenal !
pakcik pun dari Seremban.
al-lavendari:salam kenal n ziarah jugak pakcik.kecik je dunia ni kan~
akri zary:dak laki mmg suka pulau memulau pun.saya plak x sampai hati dan jantung nak wat cmtu.HEHE.t jangan lupa baik2 ngan dia semula tau~
Post a Comment