Saturday, February 19, 2011

.:penyakit wifi ukm:.

.

As salam my blog.Agak lama tak bersua tulisan dan jari jemari ke sini.Salah satu sebab utama kerana upgrade wifi yang dilakukan di UKM menyebabkan saya susah untuk mengisi dan menghabiskan masa di blogspot.Waktu yang terluang saya isi dengan mengulangkaji subjek2 tertentu sebab dua minggu ini saya memang habis sibuk dengan midsem exam.Duduk berteleku di library dengan muka berkerut2 menahan pening kepala tak paham subjek biochem dan menahan kelaparan dalam perut.Itulah nama nya belajar.Cepat je rasa lapar dan mengantuk.Lepas habis satu tajuk,mesti perut berkeroncong mintak di isi.Kenapa ye?Adakah terlalu banyak tenaga yang telah saya gunakan untuk mengingat setiap mekanisme proses dalam glyconeogenesis?Itu pun mahu 3 hari baru habis satu tajuk kecil.Bagaimana pula dengan tajuk yang lain?Aduh!

Pulau Pangkor?Itulah perbualan hebat dalam kelab mikrobiologi sekarang.Ada perancangan pada 4,5 dan 6 mac ini kami akan ke sana dengan bayaran rm85 seorang selama 3 hari 2 malam.Saya pun tak nak melepaskan peluang keemasan untuk release tension selepas 3 minggu menelaah buku di atas meja dan katil.Nampaknya pemergianku kali ini tanpa bertemankan duit shopping.HUHU.Nak sedapkan hati,cakaplah pada diri sendiri,Ala...kat mana2 pun boleh dapat juga barang dari pangkor tu.HUHU.

Sekarang memang hangat dengan pilihanraya kampus peringkat U.Agak2 parti mana yang akan menang dan parti mana yang akan melakukan mogokan kerana kalah bertanding.Harap2 tak ada lagi sandiwara buruk pelajar U yang melakukan mogok di hari Jumaat yang mulia selepas solat Jumaat berjemaah.Kalau kalah,cuba lagi tahun depan k.Kalau dah habis pengajian,boleh cuba politik negara pula.Mereka memang sangat2 memerlukan insan2 yang berani ke hadapan dan menyuarakan pendapat masing2.Jadi,jangan risau kalau kalah mengundi.Politik negara lagi kencang berbanding politik di U.

Ok la,masa untuk studi ni.Ayah pesan,di U nanti jangan kencang sangat nak berpolitik.Ingat apa tujuan utama masuk U ni.Belajar sampai dapat kerjaya yang baik dan berpangkat besar nanti.

Baik ayah.Akanku ingat sampai bila2.

Lapar.Nak mee bandung.

0 comments


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile