Tuesday, June 14, 2011

.:merdeka selepas kuiz je!HAHA!:.

.

As salam semua.Semalam maka tamat sudah kuiz subjek seni tampak yang aku ambil tuk shortsem ni.Yang tinggal hanya subjek kesihatan mental je tuk paper final sebab seni tampak tak ada final.Semalam paling best aku jawab soalan adalah soalan yang keluar tu sebijik-sebijik soalan kuiz yang sama yang classmate aku bagi.Diorang kata tu soalan kuiz sem-sem lepas.Patut lah diorang suruh buat dan hafalkan jawapan.Nasib baiklah ada juga keinginan aku tuk buat dan semak balik dalam nota sebab jawapan tak diberikan.Hanya soalan je yang ada.HUHU.Alhamdulillah...HEHE...

Ok,semalam lepas habis je paper,aku dan kawan-kawan yang lain dah decide dari awal nak keluar dan jalan-jalan ke muzium mamalia yang baru dibuka di Putrajaya.Muzium ini bolehlah dikatakan mini muzium sebab ia hanya menempatkan haiwan di Malaysia yang sudah diawet.Ada jugalah tulang ikan paus yang akan menyambut kedatangan korang di depan pintu masuk.Macam-macam yang aku dapat dari lawatan ni sampaikan malam tadi aku bermimpi tentang beruang.Sebab aku teruja giler tengok beruang matahari kat situ.HUHU.Takut!Ok,selebihnya aku tunjukkan gambar sebagai kenang-kenangan ketika disana.

Ini adalah mural yang ada di dinding bangunan tersebut.Sangat cantik tau.Jom tengok lagi dekat.

Bergambar dengan mural.

Sudut kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat tentang mamalia disini.Terdapat pc yang terdapat gambaran grafik tentang haiwan-haiwan disini.

Beberapa jenis harimau yang terdapat di Malaysia dipamerkan disini.Haiwan ini diawet dan dicampurkan dengan bahan kimia.Jadi kita dilarang sama sekali untuk menyentuhnya.

Tapir atau tenuk atau cipan.Binatang yang agak popular di highway yang baru dibuka.Akibat daripada pembangunan dan kemajuan jalan raya,haiwan ini dikategorikan sebagai haiwan yang hampir pupus.

Aku tak sure ini rusa ataupun kambing gurun.HEHE.Rasanya kambing.Haiwan ini dikatakan mempunyai kebolehan untuk memanjat bukit dan berdiri atas dua kaki belakang sahaja untuk mencapai daun-daun yang tinggi diatas pokok.

Kumpulan-kumpulan orang utan yang dikumpulkan sepanjang jalan ini mempamerkan banyak spesies orang utan yang ada di Malaysia.

Kulit rusa ini asli tau.Dulu teringat pakngah selalu pergi memburu di hutan.Kalau dapat pelanduk atau kancil,pakngah mesti suruh kitorang semua balik kampung.Kulitnya akan diberi sebagai kenangan atau hadiah.Sedap tau daging rusa ni.

Orang utan.


Memerang.Saiz dia sangat besar tau.Dia tinggal dikawasan sungai dan suka makan ikan.

Tenggiling.Haiwan ni pun dalam kategori haiwan yang hampir pupus juga kan.Kebanyakan orang luar ataupun orang dalam negara suka import haiwan ni secara haram.Kesian dia.

Ni pula spesies tikus yang ada kat Malaysia.Besar giler tikus-tikus ni dan yang pastinya setiap tikus ni ada ciri-ciri yang unik.Tikus besar yang kat belakang tu akan mengeluarkan bau yang sangat busuk sebagai perlindungan dari haiwan liar.

Tulang ikan paus yang menggamit perasaan kami sebentar.Besar giler!Panjang giler!HAHA.

Badak sumbu.

Kat tingkat atas pula ada himpunan rama-rama,serangga,kupu-kupu,kumbang dan banyak lagi haiwan-haiwan kecik.Paling tak suka tengok kumbang!Dari kecik memang aku takut giler ngan kumbang.EEIII!!!!

Rama-rama

Koleksi serangga di tingkat atas muzium.

Tak suka!

Serangga kayu.

Lepas penat berjalan dalam muzium,kitorang pun singgah kat taman permainan kat sebelah muzium tu.Dekat je.Boleh jalan kaki.Ambik gambar banyak-banyak kat tengah padang tu.Syukur sangat cuaca petang tu redup je.Jadi,bolehlah berjalan lama-lama sikit.

Jongkat-jongket.Nasib baik tak patah.HAHA.Taman permainan ni tuk kanak-kanak bawah 12 tahun je tau.Kami 12 tahun gak.HEHE.

Kat belakang aku ni ada padang yang luas.Kat situlah kitorang berpicnic.Kat depan aku plak ada taman permainan tadi.

Depan padang ni betul-betul terletaknya muzium tadi.

Inilah kami bertiga!HEHE.Kami suka ambik gambar!

Akhirnya setelah dua hari siap juga post ni.Pelik aku tengok orang yang boleh taip panjang-panjang.Aku ni dah naik lenguh pinggang sambil tulis post.HEHE.Ok,aku akan update lagi di masa akan datang.Chow!!!

Wsalam.Jumpa lagi!




2 comments

Lan Bingka said...

ada cubaan merosakkan mainan budak kecik..

+qasih nadira+ said...

Lan:hehehe~sebenarnya ada papan kenyataan pasal peraturan playground tu.mula2 baca y depan je.x ada pula pasal had umur.tetibe time nak balik,rupa2nya kat belakang papan tu ada sambungan lagi.hahhaha.ada had umur plak 2.keh3~dh abes main pun tu.kira halal la~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile