Monday, June 20, 2011

.:CEMBURU?Suka atau tak?:.

.

As salam.

Kalau cakap pasal cemburu,aku rasa terlalu besar skopnye tapi sumber dan puncanya hanya satu iaitu dari perasaan kita sendiri.Dari perasaan timbulnya emosi yang kurang menyenangkan.Emosi inilah yang dikatakan sebagai cemburu.Dulu aku selalu cemburu bila kawan aku dapat markah lebih dari aku.Sejak sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah kitorang akan bersaing dalam pelajaran.Tapi tak aku nafikan kawan aku ni memang lebih pandai la dari aku dan sekarang dia ngah buat farmasi kat UIA.Dulu kalau dia dapat markah lebih,aku mogok taknak kawan dia tau.HAHA.Giler tak matanglah.Tapi dia ni memang bagus sikit lah.Walaupun aku mogok taknak kawan dia,tapi dia rileks je.Buat bodo je kalau aku tak layan dia.Nanti bila cemburu aku tu dah hilang,baru aku cakap ngan dia.Then dia pun akan layan aku macam biasa.HEHE.Kira dulu aku ni memang ada sikap buruk ya amat la!HAHA.Tapi alhamdulillah sebab ada kawan sebaik dia.

Then,kalau orang yang suka menunjuk-nunjuk ni memang aku leh rasa cemburu giler.Alamak,dia ada baju baru la.Wah..kasut dia harga beratuslah..Em...tudung dia uptodate la.HUHU.Aku ni memang cemburu tau bila orang lain ada benda yang aku tak ada.So,apa aku buat?Aku akan pergi shopping!!!HAHA.Aku ni memang giler shopping.Kalau orang beli satu,aku beli dua.Sebab tu duit aku pun cepat lesap.Tu pasal bila aku balik rumah,umi aku sempat bebel kejap suruh jimat-jimat pakai duit.HAHA.Sapa suruh tunjukkan aku benda baru,kan nafsu nak membeli aku dah memuncak.Tu la akibatnya.Pasal cemburu ni aku rasa susah sikit nak buang.HUHU.Nantilah aku belajar pelan-pelan.HEHE...

Ok,next,aku rasa cemburu sikit je kalau tengok kawan aku belajar sama-sama ngan buah hati dia.HUHU.Jeles tu...Lagi bestkan dating tengok buku sambil bincang-bincang sikit walaupun kau bidang biologi dan dia bidang fizik.Yang pastinya tetap ada kimia!!!HAHA.Seronok beb.Dulu masa kat matrik aku penah rasa sekali je.Then,jodoh tak panjang.HEHE.Tapi bila dah masuk U ni suka tengok je la.Macam mamarazzi.Then,sampai dalam geng,kita gosip la panjang-panjang.HAHA.Bahayalah kalau aku nampak kan.So,dating jauh-jauh tau...

Then,bila buah hati ko layan girl lain.Lagi-lagi kalau girl tu budak bawah umur.HANGIN AKU!Hah..ni pun salah satu masalah lelaki.Suka betul melayan.Bila ditanya kenapa,dia jawab just suka-suka sebagai kawan.Bila dah kantoi dengan panggilan sayang-sayang dalam mesej baru lah nak cari alasan sesuai.Suka bagi alasan.Aku paling tak suka laki macam ni.Kalau alasannya tak rasional,lagi buat aku susah nak percaya.Then,bagi pulak ayat-ayat manis cakap kaulah yang pertama dan terakhir dalam hati dia.Budak girl tu hanya sampingan je.Amboi-amboi...Aku jadikan ko sampingan baru kau tahu langit tinggi rendahnya.Kalau aku dapat laki macam ni,kalau aku dah sayang sangat,aku tak adalah jadi pengongkong sangat.Sekurang-kurangnya aku dapatlah tepek muka aku kat profile fb/tagged/myspace dia.So,seganlah sikit kan kalau nak menggatal lagi.Kalau aku tak sayang,goodbye je la...

Korang tau tak,kadang-kadang cemburu ni ada baik dan buruknya pada kita.Bila kita rasa cemburu,tanya pada diri kita,adakah rasional kita rasa cemburu dalam situasi tersebut.Kalau tak,jangan difikirkan sangat sebab rasa cemburu yang teramat sangat boleh memakan diri kita sendiri.Kalau anda rasa rasional untuk rasa cemburu dalam sesuatu situasi,meh duduk satu meja,order teh tarik secawan,dan bincang elok-elok dengan orang berkenaan.Sebab bila kita dah dengar cerita dari pihak sebelah,kita boleh buat penilaian semula sama ada sifat cemburu tu perlu atau tidak lagi.Jangan stress dan duduk sorang-sorang sambil pikir korang sahaja yang betul.Ni namanya penting diri.

Harap post kali ini dapat bagi kesedaran pada diri aku sendiri dan kawan-kawan yang lain jugak!

Wsalam.





3 comments

nur farahin binti sulaiman said...

farah x suka laki mcm tue jga..

SheyPull said...

cemburu sebab ape?
sebab ade cinta...
tp sinta kan buta...:P


JOM singgah blog saya nak...asik2 event...asik2 event...ade benda lain ke?.

+qasih nadira+ said...

farah:saya pun tak suke juga~lelaki patut ubah sikapkan~

sheypull:cinta mmg buta.tapi jgn sebab cinta,kita y ada mata ni jadi buta~renung2kan~hehehe~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile