Thursday, June 2, 2011

.:fikir sejenak tentang orang itu:.

.

As salam semua.Semalam tamat sudah ujian yang perlu aku lakukan iaitu buat presentation dalam subjek kritikan seni tampak.Subjek ni tak ada final tapi ada projek yang kami kena laksanakan untuk mendapat full mark disamping kuiz pada 13 jun ni dan juga kehadiran di dalam kelas.Aku merupakan group  yang pertama semalam.Memang dugaan giler masa tu sebab aku sakit perut giler.Lepas habis presentation tu memang berlarilah aku ke toilet.Masa nak balik ke kelas tu,aku tengok agak ramai jugalah budak2 ni keluar dan lepak kat luar kelas.Diorang tak dengar pun budak2 yang buat pembentangan kedua.Agak kecewalah aku melihatnya.Apalah salahnya kalau kita just duduk dan dengar je apa yang diorang bentang walaupun memang bosan tak hengat!HUHU.Bukan senanglah nak buat orang suka dengan apa yang kita nak cakapkan tapi apa salahnya hormat mereka tu.Aku pun buat muka slumber je dan terus masuk ke kelas.


Lepas dah habis kelas kritikan seni tampak,aku pun terus g library sebab nak cari buku untuk kuiz.Almaklumlah kami ni orang sains,dah lupa sume pasal seni2 ni.Jadi kenalah cari buku.Kalau nak guna nota yang diberi takut tak cukup lengkap pula.Masa kat library bukan senang pula nak mencari buku seni visual dalam bahasa Melayu sebab kebanyakan buku2 ni adalah dari overseas.Tapi,alhamdulillah,dapat jugaklah aku cari buku tu,walaupun satu je.Sejam jugalah aku dok merengkok kat library tu.HAHA.Terasa lain plak dok mencari buku masa tu sebab kebanyakkan buku sains aku beli je dari fakulti sebab susah kalau nak pinjam dari library je.Nanti overdue la,takleh nak di-renew lepas pinjam 3 kali,sapa cepat,dia dapat dan banyak lagi la.Kang kalo asyik tak dapat je,kang timbul pula perasaan malas.HAHA.ELAKKAN!

Lepas pinjam buku,aku rasa lapar giler sedangkan masa tu baru pukul 11 pagi.Cis,selalunya aku boleh je tahan.Tapi disebabkan pukul 2 petang tu ada kelas,aku pun terus berjalan ke kafe pusanika.Aku pun tak faham nape ade sesetengah manusia tak suka makan kat kafe ni.Diorang kata tak sedap,tapi aku rasa ok je.HAHA.Ke sebab aku ni memang tak ada citarasa?HUHU.Tepuk dada sendiri la kan...

Lepas makan,aku terus ke surau pusanika untuk rileks2 kan perut ni.Tak sampai seminit aku berehat,tetiba datang seorang kakak ni dok depan aku tanya pasal shortsem yang kedua.Mula2 aku pun tak paham nape dia tanya pasal shortsem kedua tu sedangkan dia budak PhD.Lepas panjang lebar dia bercerita barulah aku paham yang dia dok menyewakan Kolej Dato' Onn.Dia takut dok sorang2 kalau tak ada orang lain yang menyewa kat situ.O0o..time tu barulah aku faham...Dia pun teruslah bercerita tentang diri dia dan pakwe dia.Dia kata malam tu dia akan bertolak balik ke Kelantan untuk menguruskan hal pertunangan dia yang akan berlangsung 4 Jun ni.Wow..umur dia dah 28 tahun.Kerja memang dok belajar dan sekarang sedang dalam sem ke 2 PhD dia.Dia student under Petronas dan orangnya memang seorang yang yakin je bila berckap.Lama jugalah aku dok berborak ngan dia.Mula2 aku rasa pelik juga dia sudi nak bercerita panjang lebar dengan aku sedangkan aku ni orang asing yang dia pun tak kenal.Itu membuatkan aku terfikir adakah muka aku ni memang muka peramah,hah?HAHAH.PERASAN!

Tapi jauh dalam sudut hati aku memang aku kagum giler dengan akak ni.Dia seorang yang bekerjaya dan ada masa depan yang cerah berkat usaha dia sendiri.Apa yang dia buat sepanjang dia bergelar seorang pelajar memang telah mengubah sedikit prinsip hidup aku.Aku tak mampu nak letakkan angan2 aku setinggi apa yang telah dicapai tapi aku percaya,suatu hari nanti juga aku akan seperti dia.INSYAALLAH!

Lepas dia tinggalkan aku waktu tu,aku terfikir pula pasal masa depan aku.Aku dah pergi sejauh ni dan dah banyak benda yang aku korbankan.Aku rasa,aku nak pergi lagi jauh dalam mikrobiologi ni.Aku taknak just belajar je tapi tak dapat aplikasikan apa2 dalam kerjaya aku kelak.So,masa depan tu jauh lagi kan.Aku nak kejar dan kejar sampailah aku dapat genggam apa yang sepatutnye.Macam tu jugakla buat korang2 yang fikir nak terus keje lepas abes degree.Kita ada ilmu asas tau yang orang lain kebanyakkannya tak ada.Kita jangan jsut berhenti dan redha je.Kalau ada peluang,teruskan belajar.Ilmu tu takkan pernah habis dan takkan ada penghujungnya.Aku dah pasang nekad aku sendiri.Aku pun nak sume kawan2 ada nekad sama macam aku!CHAIYOK BEB!



Aku paling suka ada dekat hutan lipur ataupun kawasan air terjun tau.Redup je walaupun tengahari.Suasananya tenang walaupun ramai manusia.Keindahan alam ni lah merupakan salah satu ciptaan Allah yang paling aku sayang.Kat sini juga aku jumpa cicak tokek yang ramai orang carikan.Banyak giler kat sini.Mulanya aku pun tak kenal gak cicak tokek tu.Bila kawan aku kenalkan dan cerita sedikit tentang sejarahnya,barulah aku tahu.

Ni kawan aku yang cerita tau,kisah dongeng zaman dulu katanya.Dulu,cicak tokek ni tinggal dalam rumah sementara cicak biasa yang selalu ada kat  rumah tu tinggal dalam hutan.Disebabkan cicak tokek ni selalu mengeluarkan bunyi yang bising,seorang pembesar telah menyumpah cicak tokek ni dan menyebabkan cicak tokek ni duduk dalam hutan,dan cicak biasa tu duduk kat rumah pulak.Kalau salah cerita ni,harap jangan marah ye.Boleh je nak bagi pendapat yang lain pula kan.HEHE.



Ok,bila la aku nak kuar ni tengok kung fu panda 2 ni.Sume dah sibuk2 buat review tentang cerita ni.JELES NI.HAHAHA!Ok,lenkali kita jumpa lagi ye.Wsalam semua!





2 comments

Lan Bingka said...

cerita pasal study terus ke hutan lipur..hehe.
*all the best la..

+qasih nadira+ said...

lan bingka:hehehe~ingat nak letak gambar je~tetiba rasa nak bcerita pasal gambar tu~hehehe~tq lan~all the best to you to0~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile