Monday, May 30, 2011

.:Hari Belia 2011 di Putrajaya!:.

.

As salam semua.


Aku pun tak lepaskan peluang untuk pergi ke Putrajaya semalam.Acara ni kalau tak silap aku adalah kali ke dua dilangsungkan bermula pada tahun lepas.Mulanya memang terasa teringin sangat nak pergi tapi rasa mustahil la kan sebab masalah transport.Agaknya memang nasib aku baik la sebab pagi tu nuwen ajak pergi ngan dia tumpang kereta seorang kawan dia,Kak Farah namanya.Aku sampai ke sana dalam pukul 4 petang dan aku pun mulalah menapak kesetiap booth yang ada.Sampaikan booth SPR ana pun stop sebab dia kata dia tak daftar mengundi lagi,so,aku yang dah tua ni pun ikutlah dia mendaftar juga.Lepas 4 bulan baru aku boleh check untuk sahihkan pendaftaran SPR aku.

Kami pun sambung perjalanan kami sambil melihat kereta kebal yang dipamerkan sepanjang jalan.Aku teringin juga nak ambik gambar dengan kereta kebal ni tapi disebabkan ramai orang yang berpusu2,aku pun batalkan je la niat murni aku tu.Just ambik gambar kereta kebal je.Memang giler meriahla orang ambil gambar dengan abang2 askar.HEHE.Paling tak boleh blah ada sorang awek cun ni siap buat muka menggoda dengan abang2 askar ni.Sesiapa yang lalu depan tu mesti ketawa giler sebab memang menjadi giler muka dia.HAHA.



Pastu aku nampak ada persembahan cak lempong yang dijalankan 36 jam untuk tawan buku malaysia of records.Aku pun tak sure sama ada dia non-stop ataupun tak.Agak terpesona juga bila dengar lagu2 lama dimainkan dengan alat muzik cak lempong.Lagi mendamaikan.


Semasa kami nak solat Asar,kami bersolat di Masjid Besi.Inilah kali pertama aku pergi ke situ.Sebelum ni aku tak tahu pun ada Masjid Besi.Ingatkan ada Masjid Putrajaya je.HUHU.Buat malu je kan.Duduk kat Selangor pun tak tahu gak.HAHA.Ok,Masjid Besi ni bertentangan dengan Istana Mahkamah yang mempunyai 3 kubah sebagai simboliknya.Sangat cantik!Dihadapan Masjid Besi pula ada taman dan kolam kecil yang menarik untuk kita lepak2 sementara menunggu.

Sebelum sampai ke Masjid Besi,terdapat pameran kereta2 lama dan klasik untuk tatapan pelancong yang hadir.Memang best tapi tak dapat nak bergambar dekat2.

Kereta klasik!

Inilah Masjid Besi yang sangat indah pada waktu malam.HEHE.Tapi masa ni belum malam lagi la.Tapi teruskan membaca.

Ini adalah pandangan atas dari Masjid Besi.Terdapat banyak khemah tau.Panjang sangat.Aku pun tak sempat nak habis jelajah semua.Yang tanah kat depan ni merupakan tapak untuk extreme sport.

Ana dan Nuwen sedang melihat keindahan Putrajaya dari atas Masjid Besi.Masing2 semuanya terpegun!

Pintu utama Masjid Besi.

Mereka teruja!

Suasana dan keadaan Masjid Besi yang memang diperbuat dari besi.Tiangnya pun besi tau.

Selepas solat maghrib,kami pun bertolak ke pentas utama untuk menyaksikan Super Junior.Kami dapat tahu mereka akan muncul dipentas pada pukul 8.30 malam.Nuwen merupakan peminat yang memang giler dengan Kpop ni.Aku pergi ke konsert ni pun atas galakan dia.HEHE.Tapi kami hampa sikit la sebab Super Junior muncul pada pukul 10 malam.HUHU.Betapa lamanya kami berdiri dan bersesak2 dengan orang ramai.Ana memang dah surrender awal.Nuwen pula masih tetap teguh berdiri untuk menyaksikan mereka secara live.Aku pun temankan la Nuwen sebab kesian kat dia.Lagipun ini sebagai menebus jasa dia yang sudi mengajak aku dan Ana pergi ke Hari Belia.

Inilah pentas utama dari side tepi.Memang giler la keadaannya bila super junior muncul malam tu.Dengan jeritan dan pekikan manusia2.HAHA.1st time aku lalui saat2 genting macam ni.HIHI.

Inilah kami dalam kesesakan orang ramai.Sempat lagi ambil gambar tu.HEHE.

Semasa ngah jalan2 kat pameran kereta kebal askar,terserempak pula dengan alis dan kawan2 kelasnya.Aku dah perasan diorang masa kat UKM dan memang betul la andaian aku yang diorang pun nak ke sini.

Memang best sangat!HEHE.

Ok,sampai sini je aku nak menaip.T aku akan bercerita lagi k.Semoga berjumpa lagi.

p/s: Ambil yang jernih,buang yang keruh.

Wsalam.




4 comments

qamarguyz said...

salam ziarah..
sy0k la dapat pi..
m0ga mendapat semangat, belia pembela negara..& selamat mengundi..
ahakss! ;)

+qasih nadira+ said...

qamarguyz:salam juga...hehehehe~mekasih ye qamar~awak pun kalo belom mendaftar,jgn lengah2kan lg k~heheheh~

daus nawi said...

nona oh nona,terpegun saya~merah jambu kelopak matanya...kan?

+qasih nadira+ said...

daus:hahahaha~wat malu je ko nampak~hhehehehe~saje nak melaram sikit je~nampak je ko kan~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile