Monday, May 23, 2011

.:preview movie lagi!!!:.

.

As salam.

Dah lama rasa tak update blog ni.HEHE.Ok,sebenarnya nak citer pasal semalam la.Hujung minggu yang best sebab tengok wayang lagi 2 kali.HEHE.Seperti yang dirancangkan,semalam aku tengok nur kasih the movie and pirates.Mula2 aku nak cerita sikit tentang Nur Kasih the movie ni.


Cerita dia agak padat dan tak membosankan.Ada je kisah dan konflik yang melanda dalam setiap babak.Cerita yang penuh dengan air mata dan telah berjaya buat aku menangis dalam 1 babak tapi kawan aku nangis dalam 3 babak tau.KEH2...Babak yang pilu tu masa mak dia kasi album gambar sebagai hadiah kat Adam dan masa tu masa dia doakan dia sempat jumpa anak dia ngan Nur Amina.Then,Adam plak cakap doakan dia selamat pergi.HUHU..Time tu aku pilu sikitlah sebab tak sempat nak tumpahkan air mata kawan aku nak kutuk2.Ceh...pesal la aku bawak diorang2 tu.Tak feeling langsung.Maknanya selepas habis tengok cerita ni maka berakhir juga lah kisah Nur Kasih.Hilanglah penantian semua peminat2 cerita ni.Aku suka tengok cerita ni sebab unsur2 keislaman yang sangat menusuk jiwa aku.Dari segi perkahwinan,percintaan,pengorbanan,kesedaran Islam kepada anak2 muda di ibu kota,kesabaran dalam hadapi dugaan dan lain2 lagi.Aku harap pada masa akan datang akan diperbanyakkan lagi cerita2 macam ni.Sebab masa aku beratur beli tiket,memang giler panjang!Sempat juga la aku bermesra2 dengan baby depan aku.HEHE.Cumel sebab ada dua lesung pipit kat pipi2 dia...

Ok,cerita kedua pula.

Cerita ni memang tak pernah kecewakan sesiapa pun kan?Aku suka giler cerita ni dari mula 1st cerita ni.Then,Cerita ni pun akan ada kesinambungan dia lagi.Aku takkan jemu la tengok cerita ni walaupun berulang kali.Part yang paling aku suka ialah masa nak tangkap mermaid.Mermaid dia sangat cantik!!!Tapi bila dia lah marah,memang buas giler muka.Part nak tangkap mermaid ni la yang paling aku suka sebab grafik dia sangat best.Sapa yang tak tengok lagi tu,cepat2 k tengok atau download je kat internet.Dulu masa aku mula2 kenal Pirates pun aku tak g movie.Aku selalu tengok kat tb3 sebab diorangkan suka ulang2.HEHE.Then,aku layan kat youtube sebab masa tu tak kenal lagi erti nak mendownload.HAHA.Sekarang ni akak aku yang rajin mendownload cerita tuk kami adik beradik.Terima kasih akak!

Cantikkan mermaid dia.HEHE.

Ok,tu je cerita yang aku tengok semalam.Then pasni aku nak tengok Kung Fu Panda 2 pulak sebab aku dah tengok part 1 jadi aku kena lah tengok part 2 nya.Tengok iklan macam best je.HEHE.

Bye2 sume.Wsalam.


4 comments

Lan Bingka said...

amboi...sakan..

+qasih nadira+ said...

lan bingka:hehehe~isi masa lapang je la~xde aktiviti len~hehehe~

qamarguyz said...

salam ziarah..
amb0ii..suka teng0k movie..
tak nak ajak kite?
hehe..tak teng0k pun lagi Nur Kasih ni..cam best

+qasih nadira+ said...

qamarguyz:salam...suke sgt tgk movie tau~cm ne nak ajak~jauh sgt~best la nur kasih ni.kira penamat segala persoalan dalam drama nur kasih~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile