As salam.
Dah lama aku tak buat preview tentang movie yang aku tengok kan sepanjang minggu lepas dan minggu ni.Ok,mula2 aku tengok fast n furious 5.Cerita ni memang tak pernah menghampakan aku la.Memang penuh dengan aksi dan bab yang paling suka dia ada moral of the story sebab bagi aku apa yang penting dalam sesebuah movie tu adalah teladan yang ingin disampaikan.Aku memang enjoy giler la!Yang belom tengok lagi tu,moh ramai2 kita download je.HEHE.Boleh tengok banyak kali kalo bosan2 kan.Teladan yang paling ketara aku tengok adalah,ikatan adik beradik yang kuat.Walau susah macam mana pun,diorang tak nak berpecah dah sebab adik pompuan dia pregnant kan.Seronok nak sambut orang baru.HEHE.Then,lepas diorang gulingkan orang jahat tu,diorang ambik duit dia dan janji tak nak mencuri lagi dan mulakan hidup baru.
Next,aku tengok cerita Thor.Cerita ni tentang lagenda orang barat yang percaya terdapat kehidupan lain selain kehidupan di Bumi.Kira cerita ni mengikut kepercayaan sejarah diorang la.Thor ni anak kepada raja kerajaan yang baik tapi bersifat suka nak perang je tanpa fikirkan orang2 yang tak berdosa.Disebabkan terlalu kecewa dengan sikap Thor,ayahnya iaitu King masa tu telah mencampakkan Thor ke Bumi dan di Bumi lah dia telah bertemu dengan orang Bumi dan dari situ kehidupannya mula berubah.Siapa2 yang suka tengok cerita genre fantasi macam ni,leh la layan.Tapi,tak adalah best sangat.Biasa2 je.
Next,aku tengok kongsi.Bertrademark kan,lu langsi lu mati kisah ini berkisarkan tentang dendam seorang tomoi terhadap kawannya,seorang anggota polis.Cerita ni bagi aku kurang sikitlah penghayatannya.Memang tak dinafikan komedinya memang menjadi dan memang sume orang dalam wayang tergelak la bila ada part2 yang menggelikan hati.Aku pun suka cerita ni tapi tak dapatlah nak kasi full mark kan.Cerita ni patutnya kena masukkan lagi isi2 penting nape si tumulak tu kene bunuh setiap geng kongsi gelap 1 Malaysia tu sedangkan dia berdendam dengan si anggota polis tu je.Kalau bagi sesiapa yang susah nak tangkap maksud cerita ni,maybe susah sket nak faham apa kesudahannya nanti.Sesuai untuk tontonan sekeluarga dihujung minggu.HEHE.Selamat menonton k!
Pasni memang aku tertunggu2 nak tengok pirates dan nur kasih the movie!HEHE~
Wsalam.

2 comments
thor tak best sgt ke? ramai cakap best gilaa.aha dah la tak dpt tgk lagi kat sini.eish :/
amy:jgn risau.byk dah kat tenet boleh download free tp kene pndai cari lah.lgpun kalo nak tgk,kene tgk cepat2 la kat wayang sebab khamis ni nak tuka citer len pulak.kalo org y suke genre fantasi,mybe dia akan suke cite ni.sy pun suke gak citer ni tapi bese2 je~
n__n
Post a Comment