Friday, May 27, 2011

.:pirates menyerang mid valley!!!:.

.

As salam semua.

Dah lama aku tak jumpa dengan kawan2 aku ni dan selasa lepas aku berkesempatan la nak jumpe mereka2 ni.Lepas lunch kitorang tengok wayang cerita kongsi.Korang bayangkan aku kan dah tengok cerita tu kan.Betapa ngantuknya aku dalam wayang tu.HAHA.Mulanya aku taknak tengok wayang sebab semua cerita kebanyakkannya aku dah tengok.Lagi2 kita kena lah elakkan pembaziran kan.Tapi nak wat camne.tiket dah dibeli dan masuk jugak la aku dalam wayang tu.HUHU.

Lepas solat asar kitorang habiskan masa dengan melawat pameran pirates di ruang tengah mid valley bersempena untuk mempromosikan movie pirates ni.Aku memang teruja giler la sebab memang cantik tau dengan kapal2 lanun dan pameran barang2 lanun y diorang buat.Prob juga memang sangat2 cantik!!!Kami menghabiskan masa kami bersama2 dengan tangkap gambar sepuas hati!HAHA.Jom layan gambar2 ni!



Suka manusia tulang kat kapal tu.Nampak real sangat tau!

Cantikkan???

Sayang sebab tak dapat nak naik keatas.Kalau tak boleh berlayar keluar ke jalan raya.HEHE.

View kapal dari depan.Ramai yang menebeng kat tepi2 koridor tu tau menyaksikan kapal2 ni berlabuh.Termasukla dengan aku jugak.HEHE.

Inilah antara kawan2 aku yang dapat hadir.Masa ni kitorang ambik gambar ikot rumah sukan.HEHE.Masa ni adalah rumah Satria n Waja.Rumah sukan aku kene tunggu Fit upload ke fb,baru dapat tengok t.

Ini adalah tuan blog ni.HEHE.Nampak ye kemontelan ku disitu.HUHU.

Sayang gambar ni kan sebab kabur.Takpe la.Sebenarnyakan aku dah 4 tahun tak jumpa kawan aku ni.Nama dia mira y.HUHU.Masa jumpa tu memang menjerit2 la.HAHA.Kami masih lagi kepoh seperti dulu.

Ini kawan baik aku,Fizah.Masa ni ambik gambar depan cermin besar kat toilet sementara tunggu turn nak masuk.Pastu baru aku perasan rupenya ada pula makhluk Allah ni sama selendang macam aku.HAHA.Tapi tak kisah sebab aku ni memang tak tahu malu.Siap bertegur sapa lagi.HAHA.

Ini pula my bestie,dian n mira y.Dua2 ni malu2 depan kamera tau.Love u all!

Ni pun dah lama tak jumpa.Bukan jauh pun.Shah Alam je.HEHE.Sibuk sket kan.Nama dia Ana Musfirah.Aku suka sebut nama dia panjang2 sebab bagi aku nama dia unik.Kan?Dia masih lagi sempoi seperti dulu~

Masa ni semua nak menghala ke KL dan aku sorang je menghala ke Seremban nak balik UKM.HEHE.Sempat aku snap gambar ni tapi aku tak tahu bila pulal wanita depan tu dah tercegat kat situ.Alih2 je dah masuk.Kesian sapa yang dok belakang pompuan tu.HEHE.

Sebenarnya gambar2 ni dari enpon aku.Banyak lagi gambar yang aku nak letak sini.Tapi kene tunggu dulu dari Fit.Masa aku jumpa diorang ni,diorang kata aku ni matang dan formal giler bila bercakap.Aku pun terkejut sebab tak sangka diorang cakap macam tu.Malu pun ada.HAHA.Biasala tu,pandangan orang berbeza2 kan.

Ok,pasni aku kene buat banyak projek sebelum shortsem aku ni berakhir pada akhir bulan 6 nanti.Ada banyak aktiviti yang aku akan terlibat.Rasa seronok pula.HEHE.Semalam dah kecoh result sem lepas akan keluar 8 jun nanti dan aku rasa sangat2 takut.Rasa taknak check dulu.Nanti bila dah abis shortsem,baru aku akan pikirkan.Kalau tak pun,aku akan tunggu pak posmen depan umah seperti kebiasaan sebelum ni.HAHA.

Aku nak teruskan sarapan aku ni dulu.Semoga kita jumpa lagi k!


p/s:Doakan kecemerlangan aku!



2 comments

Lan Bingka said...

montel..hehe

+qasih nadira+ said...

lan bingka:hehehe~dah terima hakikat la ni~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile