As salam.
Aku rasa semua yang jadi manusia atas muka bumi ni nak hidup senang ala-ala fairytale.Apa yang diidamkan akan dapat sekelip mata.Selama korang hidup atas bumi ni,apa sebenarnya matlamat hidup korang?Tak kisahlah korang ni lelaki ataupun perempuan...
Aku teringin nak jadi cantik persis puteri yang dihiasi dengan emas,pakaian yang cantik2 dan hidup senang dengan jejaka pilihan hati.Dilimpahi dengan duit dan kemewahan.
Aku teringin hidup dikelilingi dengan ramai teman dan peminat.Walaupun suatu hari nanti aku jatuh,akan ada yang akan datang dan sambut aku.Tolong aku bangkit dan menangkan aku walau dalam apa2 keadaan sekalipun.
Aku nak orang akan ikut gaya dan personaliti yang aku buat dan aku akan menjadi kegilaan dalam trend remaja kini.
Aku nak dapat banyak tawaran jadi model dan selebriti mengalahkan dato' siti nurhaliza ke...Nak penuhkan muka aku dalam majalah dan dalam surat khabar jugak.
Seronok kot wei kalo korang boleh hidup macam ni.Korang tak payah nak kejar2 populariti tau sebab populariti tu sendiri yang akan kejar korang.HUHU.Kadang2 semua ni buat aku terfikir tau,wujud ke kehidupan fairytale macam ni dan korang jangan terkejut kalau aku kata ia memang WUJUD dan aku pon dah tengok dengan mata aku sendiri.Kisah?Aku tak kisah pun pasal kehidupan fairytale ni sebab aku tak rasa kehidupan ni dinamakan sebagai kehidupan yang nyata dan betul.Korang akan jadi bahan perhatian dan bahan ujikaji bagi sesetengah pihak.Lagipun populariti ni bukan sesuatu yang hak milik kekal kan.Nanti korang2 yang popular ni pun akan ada pengganti dan korang bakal jadi manusia biasa juga.
Biarlah korang ni biasa2 je tau.Korang dapat hidup dengan dunia nyata yang pahit ni sebab orang yang ada dalam dunia fairytale selalu rasa best and happy je tau.Orang biasa pula perlu alami kepahitan sebelum datangnya kemanisan.Itulah lumrah hidup yang perlu kita hadapi.So,walaupun kehidupan fairytale tu tak pernah korang kecapi but don't worry because Allah will give it to us in different way...dan dijalan yang tak pernah terlintas pada fikiran kita.Kadang2 tersenyum itu pun satu kehidupan yang sempurna sebab korang mampu tersenyum walaupun diselubungi dengan masalah.
Jadi,sebagai kesimpulannya,jangan kita tengok kehidupan orang yang lebih senang dari kita tapi tengoklah kehidupan orang yang jauh lebih susah dari kita.Kerana dari situ kita akan bina rasa bersyukur kita kepada setiap ketentuan yang telah Allah berikan...
Wsalam.
p/s:matlamat hidup aku adalah lebih kepada kehidupan yang lebih abadi kelak...
2 comments
kalau tanya pada orang agama, diorang akan kata - biar tak popular di dunia, tapi popular di akhirat..
lan bingka:betol cakap awk tu.saya setuju sgt!
n__n
Post a Comment