Monday, May 9, 2011

.:3 hari 2 malam bercamping di kem PALAPES UKM:.

.

As salam.

Lama ek aku tak update blog ni.Sebenarnya short sem ni bukan sibuk mana pun.Aku cuma ada dua hari je yang perlu hadirkan diri ke kelas,then hari2 lain aku hanya memelepakkan diri aku di mana2 tempat yang aku suke terutama sekali of course la atas katil kan.HUHU.Selama 3 hari 2 malam hujung minggu yang lepas sebenarnya aku tolong yan jadi pc camping tuk budak sekolah menengah yang diwakili oleh barisan pengawas dan ketua2 unit beruniform.Camping ni sebenarnya lebih kepada kursus kepimpinan la.

Selepas aku jadi pc ni aku rasa aku ni macam tak layak je nak jadi sebab aku ni garang dan tak mesra pelajar.HUHU.Mungkin disebabkan aku busy dengan kerja2 disebalik tabir ataupun memang sifat semulajadi aku memang macam tu.Aku memang akui la aku ni susah sikit nak jadi kakak yang baik tapi aku boleh jadi kawan yang baik.So,aku takut juga kalau ada adik2 yang labelkan aku sebagai kakak garang ke,kakak rock je.HAHA.Sebenarnya aku tak adalah kisah sangat pun tapi adalah ter-kisah juga pasal benda ni sebab aku sebenarnya memang teringin nak jadi pc yang baik.Sejak sekolah bila aku handle adik2 junior mesti aku garang wei.Sedangkan sikap aku ni baik je sebenarnya.Tak adalah garang mana.HUHU.

Ok,aku tak adalah nak ambik gambar sangat sebab Ijam merupakan photographer sepanjang kem ini dijalankan tapi aku tak dapat tengok lagi gambar banyak2 yang lain sebab aku tak ada FB diorang.Oleh itu aku kene la tunggu yan untuk tag my name on the pic.Ni la satu gambar yang aku ada masa aku jadi pc untuk my LDK group.


Pic ni agak kaburkan.Tak tahu la nape tapi bila di-view dari FB ok plak.Pelik aku.HUHU.Ini je la gambar yang aku ada.HAHAHA!!!Ok,yang lain tunggulah diupload ye.Keh3.

Apa yang aku dapat sepanjang aktiviti ek?Ok,ada satu part tu aku kena sediakan text ucapan pengetua sekolah menengah ni and time tu semua memang busy giler tau tuk semak apa yang aku tulis.Then,aku print dan ingatkan balik kat yan suruh semak balik ucapan tu.Malam tu masa aku ngah sediakan makanan untuk jemputan yang hadir,aku dengar je la apa yang pengetua sekolah tu cakap.Mula2 aku tak sedar pun text ucapan tu adalah text yang aku buat sebab selalunya tetamu akan gunakan ucapan sendiri tau.Text tu diwujudkan just untuk guide diorang je.HUHU.Dan sebenarnya text tu salah sebab text asal tu diberi pada aku dan disuruh edit yang mana yang patut je.HUHU.Ada encik3 felo yang sedar dan gelakkan text tu.Entahla,time tu aku rasa cuak dan bodoh sangat.Yan macam nak salahkan aku tapi dia sendiri tak tahu nak cover macam mana sebab benda tu dah terjadi pon.Aku mula2 rasa bengang gak sebab aku dah cakap awal2 suruh semak balik mana yang patut tapi text tu tak disemak.Tapi bila difikirkan balik aku takleh nak salahkan orang lain sebab itu kerja aku dan aku sepatutnya yang perlu hantar text tu kat ketua untuk disemak semula.Then NYDP Kak Farah kata,tak pe,tenang je.Semua dah berlaku kan.Nasib baik kak farah tak marah dan itu dah cukup melegakan aku.Kitorang tak sempat pun nak buat post mortem after habis semua event sebab kekangan masa jadi aku tak tahu apa yang diorang bincangkan antara diorang.Harap yan tak kena marah atas salah aku...

Then,sepanjang di kem aku rasa enjoy mulanya tapi bila nak akhir2 aku pelik sikit sebab masing2 agak hambar dengan aku kecuali yan la sebab dia kawan aku.Nampak sangat ngan pc laki la.Aku tak tahu lah nape tapi nampak sikit la sebab selalunya diorang akan tegur aku walaupun sikit tapi at the last day it was different.Aku rase agak sedih la masa tu...HUHU...tacing pula..HAHA...Ok,aku sebenarnya dah tak nak ingat dah benda ni coz benda dah lepas dan harap sangat aku akan lupakan semua memori2 tu dan jadi seperti nadira yang normal,hidup dalam keadaan yang normal,macam sebelum ni..HUHU..Bye2 memoriku..

Dah la,nak maghrib dah ni.Si sab ni bising je keje dia dok bilik.Tadi masak ntah pe yang jadi.Kelam kabut bilik ni.

Jumpa lagi.Wsalam.


2 comments

Lan Bingka said...

jangan la garang2 kak. takut saya tau..

+qasih nadira+ said...

Lan Bingka:ye dik~akak try tak garang ye~hehehehe~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile