Monday, May 16, 2011

.:kenangan melampau di hari guru:.

.

As salam semua.

Hari ini 16 Mei bersamaan dengan sambutan hari guru di negara kita.Bila cakap pasal cikgu ni teringat kisah2 aku dekat sekolah dulu.Ada yang manis dan ada yang pahit.Aku ni mula2 dikategorikan budak baik juga lah bila lower form tapi bila dah jadi senior upper form aku pun start jadi nakal dan malas nak belajar.Apa yang menyebabkan aku nakal?HAHA.

Part yang paling aku suka masa form 4,aku selalu g camping tau sebab dulu aku pegang jawatan sebagai PRS (pebimbing rakan sebaya) dan kawan2 aku selalu tuka jadi perosak rakan sebaya.HAHA.Dulu aku tak adalah baik mana sebab tu diorang macam tak percaya aku boleh jadi PRS.PRS antara kelab yang teraktif juga masa tu sebab cikgu baru yang ambil alih.Banyak camping yang aku pergi.Memang muka aku je la yang pergi sampai ada kawan2 aku yang tak puas hati.HAHA.Bosan kot duduk kat sekolah tanpa buat apa2.Lagi2 asrama,selalu buat perkara yang sama je setiap hari.So,bila dapat g camping tu memang best giler la sebab dapat keluar dari penjara tu.HAHA.

Ok,aku sangat rapatlah dengan cikgu perempuan PRS aku.Satu hari tu aku bawa nset ke sekolah tapi aku tak bawa charger nye.Aku pun pinjamlah charger tu dari cikgu tersebut.Mula2 aku tak rasa pun itu kesalahan tau maybe sebab aku ni memang tak boleh nak pikirkan itu salah atau betol kot.Dia macam terdiam lepas tahu aku bawak enset dan warning kat aku yang dia takkan bertanggungjawab kalau aku kantoi dengan mana2 cikgu.Aku pun tak fikirkan sangat pun pasal benda tu sampailah satu malam tu aku buat kerja kat bilik PRS sebab nak siapkan projek buku skrap aku.Masa tu aku ngah charge nset kat bilik tu bersama2 dengan sorang kawan PRS aku.Tetiba memang malang tak berbau,cikgu lelaki PRS pula masuk bilik tu then terkantoi sudah.Dia tanya sapa punye nset dan terpaksa lah kami ngaku.Mengikut kesalahan dalam buku undang2,kami mungkin boleh dikenakan hukuman tapi cikgu lelaki tu baiklah.Dia tak masukkan nama aku dalam masalah disiplin tapi dia masukkan kami dalam masalah kaunseling.So,sebagai hukuman kami kena datang sesi kaunseling seminggu sekali dan nset kami dirampas.

Mulanya aku tak de perasaan wei,siap gelak lagi bila dapat tahu aku kena jalani kaunseling sedangkan aku ni kan PRS.KEH2..Tak guna punye PRS aku ni kan.2 pasal budak2 ni cop aku sebagai perosak rakan sebaya.Cis...

Bila dah habis sekolah dan pikir2 balik masa tu,barulah aku sedar kebodohan aku sendiri.Aku rasa rugi giler wei sebab bazirkan zaman sekolah aku macam tu je.Betul la apa yang cikgu aku cakap sebelum ni.Form 4 bukan zaman honeymoon dan aku plak langgar pantang larang tu.Masa form 4 aku kelas ke-2 tau,kira antara kelas2 terbijak juga tapi after mid term exam aku kene turun kelas ke-3.Masa tu aku rasa seronok tau sebab aku dapat satu kelas dengan kawan baik aku.Mr.K.Tapi aku silap wei.Bila masuk kelas tu aku start xnak belajar tau.Keje aku asyik main je sampaikan cikgu dah tahu perangai aku ni macam mana.

Aku dulu selalu ponteng kelas.Lepak2 tepi tangga,dalam toilet,menebeng kat koridor.HAHA.Sampaikan satu hari tu aku terlupa nak buat kerja yang ustaz bagi.Jadi,sebagai hukuman kitorang 3 orang kena duduk kat luar kelas.HAHA.Bapak malu la masa tu sebab kelas form 5 berdepan je ngan kitorang.Bila diorang lalu depan koridor,sempatlah gelak2kan kitorang.Cis,time tu aku gelak je la sebab nak cover malu.HAHA.

Aku ada kenangan buruk tau dengan cikgu sebab ada perselisihan pendapat sikit,so cikgu tu memang banned aku dan taknak langsung bercakap dengan aku.Bila ada kelas,dia tak pernah check homework aku,terus je g meja sebelah aku.Tak tahulah napa masa tu aku tak ada perasaan langsung.Aku buat muka bodoh dan tak pedulikan langsung cikgu tu.Bukan sorang k,dua orang cikgu aku buat masalah dan keadaan dia sama je,diorang tak ambik kesah langsung sama ada aku ada dalam kelas tu ataupun tak.Dua tahun la aku jadi macam tu.Form 4 dan form 5.

Bila dah nak SPM aku baru sedar nak belajar sungguh2 dan mula berhati2 bila nk bercakap dengan cikgu.Sebelum SPM,kami ada sesi restu ilmu tau antara pelajar dan cikgu.Masa tu kami dikehendaki beratur dan bersalaman dengan cikgu sambil minta maaf serta halalkan semua ilmu yang cikgu pernah kasi kat kami.Masa tu aku agak sebaklah sebab aku rasa lambat sangat nak sedar apa yang aku lakukan selama aku jadi pelajar form 4 dan 5.Tapi aku tahan je la tak nangis sebab ego kot.Aku senyum je sepanjang sesi tu walaupun cikgu2 yang aku buat salah tu macam tak sudi je nak pandang muka aku.Aku taknak pikir negatif je.Aku tahu,apa yang cikgu2 tu buat adalah untuk kesedaran aku juga.

Masuk tahun ni dah hampir 4 tahun aku tinggalkan sekolah dan aku tak pernah nak ambik tahu pasal sekolah lagi.Selepas kecewa dengan result SPM aku,aku macam dah buang memori sekolah menengah aku jauh2 dari diri aku.Rasa taknak kenang dan nak lupakan segala2nya.Tapi andai kata ada peluang untuk aku kembali ke zaman dulu,aku akan pilih zaman sekolah aku.Aku nak betulkan setiap kesalahan yang pernah aku lakukan dan aku nak jaga hati cikgu2 aku dengan tulus.Past is past.Nothing can change.Tapi,aku percaya,masa depan masih boleh diubah.

Aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua insan yang bergelar guru dan aku nak minta maaf atas apa sahaja kesilapan aku dulu sebagai seorang pelajar.Terima kasih CIKGU kerana dengan jasamu aku sudah menjejakkan kaki ke menara gading dan jadi seorang siswazah di bumi UKM ni.TERIMA KASIH CIKGU.

Ok,semua orang ada nakal2 dia masa sekolah dulu kan.Rasa rugi kalau korang baik je.HAHA.Aku pon ada masa nakal dan itulah kenangan dan teladan yang akan aku kenang smpai bila2.

Semoga jumpa lagi kawan2.

Wsalam.


2 comments

qamarguyz said...

salam ziarah..
lama tak menc0ret di sini =)
o0h, nakal juga yer sis kite nie..per0sak gi tu..kui3!

nyway memang itu la rasa hati..teringat pesan makcik kantin dulu, 'duk asrama ni belajar pandai-pandai nak, jangan jadi macam makcik ni..kalu boleh makcik pun nak bersekolah balik!'

+qasih nadira+ said...

qamarguyz:masa dulu x matang lg,2 y nakal giler2 tu~hahaha~walaupun pahit nak di telan,tp best untuk dikenang~

n__n


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile