Wednesday, June 22, 2011

.:jangan dilupa perangai buruk mu!part 1:.

.

As salam.

Dulu aku akui tau aku ada satu perangai buruk yang orang lain mesti susah ak caya.HAHA!Aku tak rasa la ni buka aib ke apa k.Kita kongsi.Apa yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.Jangan kau ikut dah la perangai buruk aku ni.HAHA!

Ok,perangai buruk ni bermula masa kat sekolah menengah.Masa tu dok asrama la.So,perangai buruk tu pun terbina dan terlahir dari diri sendiri dan bukannya pengaruh orang lain.HUHU.Ceritanya begini...

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!!!(bunyi azan memecahkan kedingian subuh...)

Aku pun mula mencelikkan mata dan bangkit dari tidur.Tu separuh badan je bangkit.Pusat sampai kaki dok terlunjur lagi atas katil..

LAILAHAILLALLAH...(azan pun habis berkumandang...)

Badan pun automatik terus baring balik.Tak sampai 1 minit,suara MPP(pengawas) pula yang berkumandang..

PELAJAR PUTERI!!!SILA SIAP SEDIA BERGERAK KE SURAU BESAR!!!MATIKAN LAMPU DORM!!!ANDA DIBERI MASA 3 MINIT SAHAJA LAGI!!!(diulang-ulang sampai habis 3 minit)

Aku pun buat keras badan je.Terus tidur diulit mimpi.Sambung lepas azan tadi.Tiba-tiba tak sempat nak habiskan babak dalam mimpi,badan aku digoyang-goyang pula...

KAK NONA,BANGUN..SOLAT..GERAK KE SURAU SEKARANG..

Oh,budak masjid pula datang dengan segala hormatnya menjemput aku ke surau.Terus aku buat muka terkebil-kebil dan bangun sambil tangan kanan tarik selimut.Kaki aku terus turun bawah,ke musollah.Tempat pelajar yang tak boleh sembahyang berkumpul.Budak masjid tadi plak dok terkebil-kebil tengok aku.Aku pun terus cari port kat tengah-tengah musollah,bawah kipas.Yeah,tempat ni la strategik nak sambung tidur balik.Terus berdengkur semula...

Dengar bunyi bising-bising kat luar.Oh,dah habis solat berjemaah rupanya.Aku pun dok tarik selimut lagi,naik kat dorm untuk siap-siap solat subuh pulak.

Itulah perangai buruk aku.Sikap ni mula terlahir masa aku form 5.HUHU.Sampailah satu masa tu,bangkit je dari tidur,aku terdengar suara budak laki yang belum pecah suara lagi mengazankan subuh.Masa tu lah aku tersedar dan mula rajin nak  berjemaah subuh bersama-sama dengan yang lain.Subhanaallah...

Aku ada idea nak tulis pasal benda ni sebab aku ada share satu link dengan kawan aku tentang azan dari suara budak laki.Terus aku teringat.HEHE.Ok,nak sambung studi ni tuk esok.Doakan aku tau!


Wsalam.

p/s:aku tak dapat nak upload gambar and video.So,tak dapat nak share kat sini.Tak pe,kalau nak dengar azan tu,leh terjah kat youtube:-


M Taha Al-Junaid-- Very beautiful Azaan!!

4 comments

SheyPull said...

issh2...nak kn rotan neiwh..:)



JOM singgah blog saya nak...kenapa ye kite perlukan orang yang memahami diri kite?

+qasih nadira+ said...

sheypull:nasib baik x penah kantoi~huhu~

nur farahin binti sulaiman said...

farah pon sama ugak susah bangon subuh.. hehehe..

+qasih nadira+ said...

farah:hehehe~2 dulu la~skrg nak tak nak kene bangun juga kan~dah beso pnjg~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile