As salam semua.Hari ini kelas macam biasa.Tak ada yang lain pun.Cume sekarang ni ngah cuak apsal la aku tak start lagi nak studi kuiz tuk isnin depan.Dah baca sikit la,tapi rasa sikit sangat baca nya.HAHA.Nampak sangat malasnya kan.Tadi ingat nak kuar makan,tapi malangnya tak dapat sebab kereta rumate rosak plak.Sebenarnya quite kesian kan dia la,sebab selepas dikenalpasti masalah keretanya,dia terpaksa keluarkan rm200 untuk repair.HUHU.Amount yang agak besar juga la kan disaat akhir2 shortsem ni.Didoakan agar dipermudahkan segala urusan dia.InsyaALLAH.
Ok,tadi ada kawan2 baru ajak keluar makan.So,diorang decide nak makan kerang bakar kat bangi.Jalan menghala ke Putrajaya.Tu la first time aku makan kat situ and kerang bakarnya pun not bad gak.Bolehlah tahan.Teringin juga nak ajak kawan2 yang lain rasa,but tak ada transport pun.HUHU.Tunggulah aku kaya nanti ye.HAHA.Ok,sementara nak tunggu kerang bakar tu siap,tetiba ada satu peristiwa yang agak mengejutkan aku berlaku.Nak kata kelakar,tak la kelakar tapi agak mengejutkan aku la.
Ok,masa tengah khusyuk2 berborak,tetiba sorang kawan kat meja tu berdiri tegak tau.Terkejut gak aku.Mula2 aku ingat dia nak luruskan pinggang ke hapa,tapi lama giler la dia berdiri.Then,kitorang pun tertanya2 juga la kan.Rupe2nya dia berdiri sebab terdengar lagu NEGARAKU.Terbeliak mata aku bila dengar dia cakap macam tu.Aku ni plak dah separuh berdiri,then aku rasa pelik giler nak berdiri tetiba kat tengah2 warung tu.HAHA.Kelakar wei tengok aku berdiri nak tak nak,malu ada,kelakar ada.HAHA.Then aku decide aku duduk je la sebab kawan aku tu kata memang tabiat dia bila dengar lagu NEGARAKU dia akan bangun.Lagi dua kawan aku tu pun bangun juga.KEH3.Tabik spring la kat mereka2 ni yang bersemangat waja!Yang aku peliknya ntah datang dari mana lagu NEGARAKU tu.TV dia pasang cerita English,tapi ada lagu NEGARAKU.Pelik aku.
Sampai pukul 1 pagi aku lepak situ.Naik kembung perut aku asyik dok minum je.Nak makan memang tak ada selera la sebab petang tu dah makan banyak.
Ok la,sebenarnya aku memerlukan tidur sekarang ni sebab aku rasa macam nak demam dah ni.Jumpa lagi next time k.Wsalam semua!
Thursday, June 9, 2011
.:terkejut,terdiam:.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments
mmg susah utk berdiri mnghormati lagu Negaraku..tapi mmg salute pada mereka yg berjaya lakukan..~
omaq o tai:tau xpe~saya pun salute jugak org y mampu rasa semangat nasionalisme yang tinggi ni~
Post a Comment