As salam.Lama aku tak updatekan.Lepas sibuk dengan final shortsem,then aku pergi bercuti ke Langkawi dengan budak-budak teknikal.Selama 3 hari 2 malam kami disana.Tak banyak aktiviti yang kami buat kerana kesempitan waktu tapi walau macam mana pun,aku rasa enjoy sangat sebab dah sampai ke sana.Jom kita bercerita sambil layan gambar-gambar ni.
Kami sampai ke Chenang dalam tengahari juga la.Lepas check in chalet,kami pun makan tengahari.Best sangat sebab dapat chalet dekat dengan pantai.Sampai sana je,petang tu masing-masing sibuk sambung tidur lagi.Tapi aku ngan aleen dah jalan-jalan kat pantai Chenang yang cantik ni.Pantai dia bersih dan cantik.Dalam panas-panas petang kami masih lagi kuat menahan panas mentari semata-mata nak ambil gambar.
Malam tu kami adakan majlis perasmian kunjungan kami ke Langkawi yang dirasmikan oleh Pengarah Kraf Langkawi.Kerana keletihan kami adakan majlis tu secara separuh formal.Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan baik walaupun agak kelam kabut masa rehearsal petang tu.Selepas habis majlis tersebut,kami mengadakan LDK (Latihan dalam kumpulan).Kami dibahagikan kepada 4 kumpula yang terdiri daripada 5 orang peserta.Aku kumpulan BIRU.
Malam tu kami digalakkan memakai baju kurung.Kalau ada yang perasan,baju ni satu je la yang aku pakai sepanjang sem lepas.HAHA!Kantoi tak ada baju kurung sangat kan.Malam tu aku masuk tidur awal sikit sebab agak keletihan pagi tu baru sampai kan.Bukan sedap pun tidur dalam bas.Sakit leher aku.
Pagi esoknya,kami ada aktiviti pantai iaitu sukaneka,yang dilaksanakan oleh 3 orang pc yang terdiri daripada budak-budak teknikal juga.Penat giler la kena berlari.Antara sukaneka yang kami buat ialah lari ramai-ramai sambil ikatkan badan dengan tali,tiup belon sampai pecah,pecahkan belon kat kaki,bola beracun.Masa tiup belon sampai pecah tu aku tension la sebab belon tu tak mau membesar.Giler sakit mulut aku nak meniup nye.Diorang memang sengaja pun beli belon tebal-tebal.Ceh.
Then,kitorang bergerak ke tempat Island Hopping.Masing-masing muka penat je sebab baru berseronokkan.Tapi best la sebab sume masa kami mampatkan dengan aktiviti.
Masa Island hopping,kami melawat tempat helang.Aku lupa apa nama pantai tu.HUHU.Masa tu pakcik bot tu lontarkan daging kat dalam air then banyaklah burung helang ni sambar daging ni dari laut.Memang banyak giler.Orang bot ni kata sebenarnya sebelum ni tempat ni diisytiharkan sebagai zoo negara bagi Langkawi tapi telah ditutup.Dia kata lagi memang banyaklah haiwan-haiwan liar yang ada dalam hutan tu.
Masing-masing sibuk tengok burung helang ni menyambar makanan.Memang best sebab dapat tengok burung helang ni dari dekat.
Banyak yang berterbangan diatas bot kami.
Kami gunakan dua bot.Ni bot lagi satu selain bot aku.
Then,kami meneruskan perjalanan ke Pantai Beras Basah.Kat sini mereka sediakan perkhidmatan untuk snorkeling dan mandi manda.Kami pun tak membuang kesempatan untuk mandi.Ada antaranya sibuk menangkap gambar.Memang jernih giler la air laut ni sebab tu boleh tengok ikan-ikan di dasar laut.
Aktiviti budak laki pulak macam biasa la kan.Tanam kawan.HAHA.
Then untuk destinasi terakhir kami hari tu adalah ke tasik dayang bunting.Perjalanan nya tak adalah jauh sangat panjat bukit tu dengan tangga,tapi agak terasa letihnya lah.Kami disambut dengan beruk,ikan jelapang dan ketam yang ada disitu.
Tasik ni memang dalam giler la.Siapa yang nak mandi,amat digalakkan menggunakan life jaket.Aku yang tak pandai berenang ni dok tepi je la.Tengok kawan-kawan lain berenang.
Urutan kaki.Baik-baik,nanti ada memerang yang gigit.HEHE.
Mula-mula ingat nak naik,tapi malas pulak nak mengayuhnya.HEHE.
Pagi esoknya kami teruskan aktiviti kami dengan melawat ke Pusat Kraf Langkawi.Disini kami berpeluang untuk mencanting batik dan boleh bawak balik tau batik yang korang canting tu.Tu aku ngah mencating batik aku.Penat giler canting sorang-sorang.Nasbi baik ada Diyana tolang aku.HEHE.
Inilah hasilnya.Tak ada la cntik mana kan tapi aku rasa enjoy sangat!HAHA.
Masing-masing sibuk untuk menyiapkan batik ni.Ada la dalam 1 jam juga nak habiskan.
Lepas beli cokelat dan barang kaca di Haji Ismail Group,kami pun berangkat pulang ke Pekan Kuah untuk ambik feri ke Pekan Kedah.Kami menaiki feri dalam 1 jam jugak la.Alhamdulillah,akhirnya tepat jam 3.30 pagi kami selamat sampai ke UKM.Pengalaman yang takkan aku lupakan.
Wsalam.
0 comments
Post a Comment