Monday, November 1, 2010

.:hari ke-3,paper ke-3:.

.

Salam semua.Tadi baru lepas habis paper ke-3 dalam minggu ini dan paper seterusnya akan bersambung selepas habis cuti Deepavali  ini.Ada lebih seminggu saya bercuti dan memang dah rancang nak habiskan cuti ini dengan mengulangkaji subjek-subjek yang tak pernah nak diulangkaji.HEHE...

Tadi saya beli makanan kat kafe kolej.Tak ada la rasa lapar sangat tapi kene biasakan diri untuk mengisi perut.Masa kat kafe ada seorang budak cina ni beli air tapi tak tunggu brader tu buatkan air dia.Dia pergi ke kaunter makanan dulu sementara tunggu air dia siap.Lepas air tu siap,brader tu tertunggu-tunggu gak dia nak ambil air tu.Akibat lambat sangat,brader tu pun panggil..

"eh,tahi lalat.Cepat la sikit..."

Saya pun pelik.Tahi lalat?Saya pun tengok muka cina tu.HEHE..ada tahi lalat kat muka dia..besar..Tapi nasib baik lah tahi lalatkan.Kan manis je orang tengok.Kalau JERAWAT???HAh....jawab la sendiri..

Cuaca hari ini dilaporkan mendung ye.Harap sangat tak hujan petang ni sebab ada banyak benda nak diselesaikan.Takut nanti mengganggu pulak perjalanan kerjanya.Hari ini aku nampak MR.LAICI.HEHE...Agak memang rezeki lah dapat tengok dia walaupun jauh.Sebenarnya tak perasan pun dia ada kat tepi dewan periksa sebab lepas saya habis tu,dewan tu digunakan untuk kos yang lain pulak.Tetiba teringat pulak kisah LAICI.HEHE...Rasanya tak pernah lagikan saya cerita kisah laici ni.Tak pe lah,Lenkali saya cerita la.Bukan panjang mana pun ceritanya.HEHE...

Sebenarnya saya ni dalam dilema la juga.Ada masalah sikit lah dengan kehidupan dalam kolej ni.Rasanya tak adalah besar sangat tapi bila lama-lama dia akan jadi besar juga kan.Sebenarnya dah dua malam saya terjaga dari tidur secara mengejut sebab kawan saya bercakap dengan telefon sehingga pukul 4 pagi.Saya sekarang ni agak beralah juga lah dengan dia sebab saya dah banyak menghabiskan masa di dalam library.Dari pagi sampai pukul 11 malam masa saya sepenuhnya di library.Saya tahu kawan saya ni suka studi dalam keadaan ada muzik tapi saya suka studi dalam keadaan senyap.Oleh itu saya ambil keputusan untuk habiskan masa pagi sehingga lah malam dengan duduk di library sahaja.Kira saya boleh hormat kehendak dia.Tapi kenapa tak boleh bagi saya rehat dari 11 malam sampai lah subuh?Waktu tu je lah saya dapat berehat setelah sekian lama ada di dalam library.Ntah la...Susah kalau kita nak terus terang dengan dia sebab dia dengan saya bukannya orang lain.Kami kawan dah lama.Pagi tadi saya nangis (inilah kelemahanku..HUHU...) sebab pikir-pikir memang tak cukup masa tuk tidur.Rasa memang nak sound je waktu tu tapi pikir juga dia pun ada paper juga pagi tu.Ok..saya diam..Saya tak buat apa yang pikir saya nak buat-DIRECT SOUND-

Itu je lah rasanya setakat ini.Saya nak rehat dulu ye.Salam buat semua.

4 comments

Lan Bingka said...

kawan lama patutnya lebih memahami..

Unknown said...

ish2..meh sini nak tlg sound...nak tak?tp mungkin sound sy tak berapa clear la sbb tgh selsema...idong sumbat..hehe

ps: sabar2 cik nona...kan cik nona penyabar :)

pawaka19 said...

kesian2..jgn emo sgt..tumpukan pada pelajaran..pedulikan hal2 tak penting

New Entry "Old Hard disk vs Removable disk Dan Kedai Andartu Ehem2"

+qasih nadira+ said...

Lan Bingka:bukan senang tau nak cari kawan yang betol2 namanya KAWAN.

macm:rasenye lagi ok kalo ckp dengan sengau2~hehehe~rajin2 mkn ubt k~take care "P"..:)

pawaka19:okep wak~saya sekarang dah ok ni~:)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile