Tuesday, November 9, 2010

.:kisah capati:.

.

Salam semua.Harap semua dalam keadaan sihat2 tau.Yang sedang studi sambil release tension tu jangan lupa  sambung studi balik tau lepas ni.Kali ini kan saya nak bercerita tentang kisah capati.Siapa suka makan capati?Tadi malam pertama kali la saya cuba makan capati dan rasanya pun boleh tahan juga.Saya suka kuah kari dia sebenarnya,sebab pedas sangat!Suka!

Sebenarnya ada kisah lain disebalik kisah capati ini.Malam tadi saya turun kafe lambat sikit sebab kawan bagitau lambat yang dia nak dinner.Masa sampai kat kafe,saya tengok kawan saya sedang tunggu roti canai yang saya order tadi sebelum saya turun.Saya pun tanya la dia :

"Ko makan ape wei?"
"Aku makan capati la.Wei,ko punya roti canai lambat siap la.Ramai sangat yang order tadi.Then,ko nak tak kongsi capati dengan aku?"
"Tak pe la wei,aku makan bihun sup je la.Sedap gak pekena sup malam2 ni."

Saya pun cancel la nak makan roti canai tadi.Terus saya order bihun sup.Lepas capati tu masak,kawan saya ambil lah 2 keping capati tu.Tetiba datang seorang laki cakap mana capati dia.Masa tu kawan saya dah ambil tau.Tak tahu pulak laki tu datang dulu dari kami sebab dia tak tunggu dekat depan kaunter tu.Disebabkan penjual capati tu macam terkial2 nak buat panaskan capati tuk laki 2,terus laki tu ambik 2 capati dan letak atas kuali leper tu.Lepas panas ala kadar,dia terus angkat guna tangan dia.Giler memang lapar agaknya.Terus dia berlalu dan makan.

Kami duduk kat meja yang agak berdekatan dengan lelaki tadi.Dia makan dengan sorang kawan dia.Dia macam cakap2 sesuatu dan pandang2 kat meja kami.Saya macam syak ada sesuatu yang tak kene lah.Tapi saya diam kan je la dari kawan saya.Lepas laki2 tu dah siap makan,kawan kepada laki yang makan capati tu terus bangun dan pandang saya.Masa lalu depan saya dia sempat cakap,"pandai ye makan capati".Saya tak pasti lah ayat tu ayat nak bertegur sahaja atau ayat perli sebab ambil capati kawan dia tadi.HUHU...Ada gak la rasa bersalah tapi tak boleh gak la salahkan kami.Memang tadi ramai yang order roti canai dan capati.Ruang nak masak pula sempit,tu yang buatkan servis lambat semacam.

Kami pun tak ambik peduli sangat.Saya pikir baik je la kan.Harap dia tak terasa la.

Ok,saya nak tidur dah ni.Letih hari ini seharian duduk di perpustakaan.Moga jumpa lagi ye.Salam semua.





p/s:datang dan pergi~

4 comments

Lan Bingka said...

capati tak berminyak.. lebih bagus sebenarnya..;)

+qasih nadira+ said...

Lan Bingka:ye ke wak?baru saya tau~kira lebih bagus la dari roti canai ye?

Lan Bingka said...

yup, tosei dan roti nan pun sama.. kurang kolesterol dpd roti canai..;)

+qasih nadira+ said...

Lan Bingka:o0o~baru tau wak~ingat sama je cara masaknya~mekasih k tuk maklumat 2~
n__n


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile