Salam semua.Kali ini nak bincang tentang kawan baik kita.Selalunya kawan baik ni adalah kawan yang selalu kita berkongsi senang susah suka dan duka.Ada persahabatan kekal sampai bila-bila walaupun dah berkahwin sehingga lah bercucu.Tapi anda percaya ke wujudnya kawan sejati???
CERITA 1
Ini kisah dalam train.Masa tu saya sedang nyenyak dibuai mimpi dengan kesejukan air cond dalam train.Tiba-tiba kesunyiaan itu telah diganggu dengan perbualan antara 3 orang manusia yang duduk berhampiran dengan saya.Maka saya yang tidak boleh menyambung mimpi pun dengar je la apa yang dibualkan oleh mereka.
'Comelnya budak ni.'
'Dia anak kacuk.Suami dia ni orang arab.'
'Oo0o..ye ke..tinggal kat mana ni?'
'Dekat Taman Seri Kayangan.'
'o0o..akak ni pula tinggal kat mana pulak?'
'Saya tinggal sana juga.Kami ni madu..(sambil tersenyum-senyum)'
Wow...saling bermadu kan.Boleh tinggal sebumbung lagi.Kalau saya agak-agak memang dah lancarkan perang dingin,perang dunia ke-3 dan pelbagai jenis perang la.Memang dugaan la.Bagus,kawanku...maduku...
CERITA 2
Pergi ke kelas bersama-sama.Berkongsi segala suka duka.Kaulah temanku dunia dan akhirat.Bila aku ada masalah pakwe,aku akan cari kau dulu.Segala duka aku luahkan.Moga nanti kau bolehlah tolong-tolong aku damaikan apa yang patut.Kira aku bagi kau green light la ni.Dok dekat-dekat ngan pakwe aku dengan harapan hubungan aku dan dia akan baik.Tapi harapkan pagar,pagar makan padi rupanya.Aku lihat kau dengannya berjalan dan minum kopi secawan.Bila aku jumpa kau,kau makin menjauhkan diri.Pakwe aku juga langsung tak berhubung denganku.Aku pelik,aku terfikir-fikir dan sebenarnya,kawan baikku..perampas pakweku..
CERITA 3
Kau ingat lagi tak kat meja tu kita buat kerja dan assignment sama-sama.Semua kita buat dengan usaha kita sendiri.Selama beberapa hari kita bertapa dan bergurau senda di meja tu.Kalau kau ingatlah,kerja kita kerja yang sama kan.Tajuk yang sama pensyarah beri kat kita.Tapi aku pelik,masa buat assignment sama-sama kau macam tak kasi je aku nak tengok hasil kerja kau.Aku fikir mungkin kau nak suprises kan aku dan rakan-rakan kelas yang lain.OK..aku paham.Tak pe.Masa pembentangan pertama,kau dipanggil untuk membentangkan hasil kau.Kau bentangkan dengan penuh semangat,tapi aku musykil..Eh,kenapa hasil projek kau sama je dengan aku???HUH..Tak sangka,rupanya kau mencuri hasil kerjaku..Aku laporkan pada pensyarah dan sejak hari itu tak ada sesiapa pun yang mempercayai kau lagi.Tak sangka,kawan baikku..pencuri kerjaku..
Sekian,salam~
p/s:anda pula bagaimana?kawanku...dot dot dot...
4 comments
kawan amik bf memang selalu jadi kan...hmm
Lan Bingka:nasib baik ambik pakwe je wak~x de lah menonggeng mana pun~kalo ambik suami?huhu..payah nak citer 2~
kalau dah ambik suami alamatnya meletup la jadinya.......
cakapbohong:hehe~tau x pe~jgn berani2 buat perkara y berani cari pasal~ :)
Post a Comment