Salam semua.Selamat pagi dan selamat bercuti buat semua.Salam Jumaat yang mulia juga.Harap semua sihat-sihat ye.Kali ini saya nak bercerita tentang kisah telekung.Kisah ni masa dekat asrama dulu la.Sesiapa yang datangnya dari asrama mesti pernah lalui kisah ini.
Niat nak tulis cerita ni timbul masa sedang solat aritu.Nak cerita bagaimana kami di asrama dulu menyusun dan mengemas telekung.Dah jadi kemestian kat asrama dulu kene solat berjemaah di surau bersama-sama dengan imam.Jadi kami memang akan tinggalkan telekung di asrama.Terdapat ampaian khas yang memang dah disediakan di tepi dinding dan ada cara bagaimana nak simpan telekung ni.Tak susah pun tapi kena lah ikut peraturan kan.
Bagi ampaian pendek dan rendah,telekung kene lipat pendek dan bagi ampaian tinggi telekung kene dilipat secara memanjang.Telekung juga disusun mengikut warna hanger.Bukan sesuka hati je tau nak taram hanger kaler apa.Selalu warna hanger yang digunakan ialah hijau,merah,kuning dan hitam.Mana-mana yang guna hanger pelik tu susah lah nak cari balik telekung diorang sebab tiap malam memang ada kelas yang akan mengemaskan surau.
Begitulah hidup diasrama.Memang teraturkan.Tiap Jumaat pula,masa lelaki pergi solat Jumaat di masjid luar,kami kaum hawa akan ada kelas Kuliah Jumaat yang akan menjemput penceramah luar ataupun ustazah sekolah sendiri.Saya dulu masa form 5 selalu ponteng.HAHA..Jahat saya ni.Buat adik-adik diluar sana,jangan tiru perangai akak ni ye~Saya selalu menyorok dalam bilik.Kat bawah ampaian baju.Pernah satu hari tu tetiba ada yang menyelak ampaian tu.Saya dah cuak gila.Alamak,aku dah kantoi ke???Rupa-rupanya kawan ku nak tumpang sekaki.HAHA...Maka kami pun ponteng lah berdua-duaan.Balik je budak-budak lain,ada gak la kawan-kawan yang menjerit dari bawah,"WOIT NONA!KO TAK PERGI KULIAH KE???".Hahaha..dah kantoi dengan adik-adik junior.Kawan tu memang tak leh simpan rahsia.HEHE...
Best kalau terkenang balik zaman nakal-nakal dulu.Memang manis untuk dikenang.Rasa tak best pula kalau kene skema je kan setiap masa.nasib baik lah pernah buat nakal dulu.Ada lah juga kenangan manis untuk dikenang-kenang.Dan ada juga lah cerita dengan kawan-kawan kalau pergi reunion~
Ok,kisah ni tamat disini.Semoga jumpa lagi tau~Salam semua.
Friday, November 5, 2010
.:kisah telekung:.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

5 comments
:)
:) smile~
teringat zaman nakal di asrama..hehe
kenapa org 2 dia panggil NONA
?????
Lan Bingka:dak laki mesti lagi nakal kan~hehe~saya dah tau dah~
cakapbohong:oh,lupa nak kenalkan nama timang-timangan saya~hehe~NONA tu nama paggilan saya sejak lahir lagi.Nenek yang kasi nama 2~ :)
Post a Comment