Sunday, November 28, 2010

.:murtabak megi ku!:.

.

Salam semua.Kisah murtabak ni sebenarnya semalam punya kisah tapi cuma malam ni dapat peluang nak tulis kat sini.Sejak dua hari umi merewang kat rumah jiran sebab ada kenduri kawen.Semalam seperti biasa ada makan petang 'persatuan ibu2 di barisan rumah kami',jadi umi minta saya buatkan murtabak megi sebagai santapan mereka.Biasa lah tu makan petang persatuan Ibu2 ni.HEHE...Jadi jom tengok apa rupa murtabak megi hasil air tangan saya!


Seperti biasa ikut nisbah yang telah ditetapkan ketika saya mula2 belajar dulu.1 perencah bersamaan dengan 3 biji telur.Pecahkan telur dan kacau sama rata dengan perencah kari tersebut.Sementara tu boleh lah panaskan air dan masukkan mee megi ye.

 
Selepas tu masukkan sikit mee megi yang dah dilembutkan tadi dalam cawan atau bekas kecik.Tambahlah sayur campur sebagai hiasan dalam murtabak.Tapi saya letak lobak je sebab tak suka sayur campur.Lepas tu boleh la letak campuran telur dan perencah tadi ye.

Inilah rupanya murtabak tadi dalam kuali yang telah dipanaskan dengan margerin.Terbalik2 kan murtabak ini seperti masak telur ye.Ikutlah selera masing2 nak garing ataupun bese2 je.

Inilah bentuk murtabak megi selepas selesai disusun dalam bekas.Umi,silalah ambil ye~HEHE..
Sebenarnya murtabak ni diajar oleh seorang teman baik disekolah dulu.Selalunya hujung minggu diasrama kami akan buka gerai secara bergilir2 mengikut kelas dalam minggu tertentu.Nak dikatakan murtabak megi ni memang juadah popular disekolah dulu.Anda boleh makan dengan sos cili dan mayonis.Memang sedap giler.Dah la senang nak buat dan harga barangnya pun murah.Selamat mencuba tau!

Semoga kita berjumpa lagi.Salam.







8 comments

Fiqah Alias said...

suker3...!!! nnt fiqah cube wat...nmpk sedap jer...simple pun simple..(^_^)

Lan Bingka said...

huu..tak penah makan pun.. buatkan saya 1..

Irnie said...

ihik.. teringat time study dlu.. housemate la yg bg cadangan wat mende nih.. mmg sodap..!!

whitecappuccino said...

tetiba rasa nak mkn megi..

+qasih nadira+ said...

Fiqah Alias:simple kan~esok pun umi mintak buatkan lagi~hehehe~selamat mencube tau~

Lan Bingka:Boleh je nak buat kan~kalo dah smpai negeri 9 gtau sy k~ :)

Irnie:memang diakui sedap pun!hehehe~saya pun suke jugak!

Whitecappuccino:hehehe~t kalo makan jangan lupe buat murtabak ni tau~

Adam said...

Nakkkk!!!

+qasih nadira+ said...

A.D.A.M:meh dtg sini sy buat kan!
n__n

LadyBird said...

sedapnye megi.. yummy yummy..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile