Tuesday, November 16, 2010

.:kehidupan hari ini:.

.

Salam buat semua.Mesti rakan2 kat rumah tu dah sibuk2 nak tolong emak dan ayah siapkan persiapan tuk raya aidiladha esok kan.Sama la macam saya,dari pagi sampai lah petang duduk kat dapur nak siapkan bahan untuk buat rendang.Kali ini persiapan macam biasa,hanya bersederhana.Lagipun raya korban ni untuk meraikan pengorbanan kita dalam apa2 sahaja yang kita korbankan dalam kehidupan kita ni.Sejarah disebalik raya ini ada di sebutkan di dalam Al-Quran iaitu mengisahkan Nabi Ibrahim A.S diuji oleh ALLAH S.W.T untuk mengorbankan anak nya yang bernama Nabi Ismail A.S.Macam mana pula dengan kita?Apa yang kita sedia korbankan untuk agama,bangsa dan negara?

Jom terjah apa yang saya buat hari ini~

Pagi2 akak dah masak spagetti sebab adik ada jamuan kat sekolah.Sekali kuali besar dia buat.Setakat ni saya dah tambah 3 kali.HAHA~Sedap sangat!Nyam!


Saya kene kopek bawang!!!Argh!!!sakit gila mata.Hanya setakat beberapa ketul je yang saya mampu buat.Yang lain umi sambung.HAHAHA!

Ini rendang ayam kampung.Saya yang gaul.Sampai nak hancur.Hahahaha

Ni plak masak lemak cili api rusa.Sedap sangat.Ayah beli dari kawan dia yang diterbangkan khas dari Sabah!

Itu lah serba sedikit yang saya dapat cerita.Nak tau tak,IC saya dah siap!Hehehe.Comel sket la muka nya dari IC yang lama.Macam mana pula dengan persiapan kawan2?Mesti ada yang sibuk baka lemang kan.Apa2 yang berlaku pun,saya nak ucapkan SALAM AIDILADHA buat sahabat2 yang saya sayangi.Semoga raya Qurban kali ini akan mendatangkan seribu syafaat kepada kita semua.

Salam semua.




11 comments

sArA said...

rajinnye dy..hehe
bagos2 ley jd calon menntu nih :D
umah akak simple je
masak nasi impit, buat kuah kacang
then abg ipar bg lemang
siap! :D
akak tulong kukur kelapa & the rest tulong tengok mak je hahaha
lg bagos hahaha

+qasih nadira+ said...

kak sasya:salam aidiladha akak!!!xpe kak,tengok mak 2 dah dapat pahala tau~hehehe~happy holiday n take care tau~
n__n

EYA NADIA said...

MAK AI TETIBE TERTENGOK LAK MAKANAN KAT SINI. LAPARNYE! RAYA DAH LA X BALIK.HUHUK

maIra said...

bestnye...

+qasih nadira+ said...

eya nadia:ye ke tak balik.meh dtg sini~saya leh menjamu awak.:)

malra:mcm mana ngan persiapan raya?mesti best gak kan~:)

Lan Bingka said...

ala..ingat dia yg masak spaghetti tu..;)

+qasih nadira+ said...

Lan Bingka:hehehe~kalo saya yang masak,tak ade sapa la yang makan nanti.ke awak sanggup nak makan?hehe~

Lan Bingka said...

takpe saya makan.. tawakal je..;p

+qasih nadira+ said...

Lan Bingka:hahaha~jahatttttttt~~~mkn je la kalau saya masak~hehehe~

farahwahida said...

wow sodapnyer!!!

+qasih nadira+ said...

farahwahida:nampak sedap kan~t ade rumah tbuke saya buat,sy ajak tau~belanje awk mkn~ :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile