Sunday, November 7, 2010

.:bersandiwara dalam blog:.

.

Salam semua.Setelah aku tulis coretan semalam,tetiba timbul satu persoalan dalam hati  ni.Puas ke bila hamburkan segala ketidakpuashatian dalam post?Selalu aku memang alergik la kalo baca post orang2 yang suke cakap pakai lepas ni.Kalo laki bagi aku boleh dimaafkan jugak la sebab memang dah perangai diorg memang kasar kan.Kalo pompuan plak bagi aku tak molek la nak tulis macam tu.Tapi lepas aku menghamburkan kata2 dalam post semalam,aku rasa semacam puas hati gak la.Sebab aku ni memang jenis tak ada kawan nak kongsi cerita.Bila aku nak berkongsi cerita kat blog ni,ada gak la perasaan takut2 sebab ada gak kawan2 aku yang baca blog ni.Kira aku nak jaga hati ramai orang la.Tapi bila difikir2kan balik,penat je wei aku jaga hati orang tapi orang tak pernah pun nak jaga hati aku.Semacam sedih la menimpa diri aku ni.So pasni aku rasa aku nak straight to the point je kalo aku ada tak puas hati dengan sesiapa.Tapi peringatan la juga,kalau ada sesiapa yang rasa teguran dan kata-kata aku tu terlalu kasar,boleh la nak nasihat kan.Sebab aku ni bukan sempurna kan,selalu nak ada orang lain yang tegur dan bimbing.Kalo kat rumah boleh la umi n ayah tengok2 kan.Tapi bila dah kat U memang besar kepala la kan.Diri sendiri la tengok...

Kalau sesiapa yang tak puas hati dengan post2 aku yang bakal mendatang nanti,jangan teragak2 lah nak cakap k.Mungkin perubahan yang aku nak buat ni agak tak baik dan kureng sopan la.Tapi aku rasa better aku macam ni je la.Sebab aku dah penat la wei nak jadi sopan depan orang.Aku ni otai korang tau x.Memang tergelak la kalo kawan-kawan lama aku tengok aku tersopan2 ni.Bila aku berubah jadi sopan semacam,ada je kan yang ambik kesempatan kat aku.Bapak aku cakap,JANGAN PENTING DIRI!Tapi dalam konteks berkawan,aku rasa aku perlu penting diri.Kalau aku asyik pikirkan orang,takkan kemana aku ni.Dan buat masa sekarang ni memang aku tak ada masa nak pikirkan orang lain.Aku nak jadikan diri aku ni adalah yang PERTAMA.

Korang yang kat luar sana tu,jangan biarkan kawan2 korang pijak kepala korang.Bertindaklah.Sampai bila korang nak diam je.Nanti lama2 korang akan dapat sakit hati dan pelbagai jenis sakit dari bisikan syaitan.Tapi perubahan yang aku buat ni harap datangkan kebaikan pada aku la.Sebab,dah lama aku tak sayang pada diri sendiri.Asyik sayangkan orang lain sampaikan diri merana pun aku tak perasan.

Ok,hari ini akan berjalan seperti biasa.24 jam sehari.Aku nak belajar dan belajar sampai tepu otak aku ni.Korang jangan lupa nak studi gak k,sebab aku tau kebanyakan U dah start final kan.All the best buat semua.

Salam semua.


p/s:pergi hancur semua harapan dulu!

2 comments

Lan Bingka said...

makin kita dewasa, makin kita mengenal kehidupan...so...gi sambung study..hehe

+qasih nadira+ said...

Lan Bingka:hehe~sempat suh sy smbung studi ye~saya dah rajin tau studi kat lib~hehehe~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile