As salam semua.
Annoying = menjengkelkan/menyakitkan hati
Biasalah kan,sebelum membicarakan tajuk ni dengan lebih mendalam mestilah kena faham dulu apa maksud tersirat dan tersurat.Pernah tak korang rasa annoyed sangat pada seseorang atau dalam sesuatu keadaan?Mesti pernah kan.
Aku paling annoying bila dapat tahu dalam dunia ni wujud lelaki yang ego pada kaum wanita!Aku pun tak paham kenapa sikap ego ni perlu wujud dalam diri mereka-mereka ini terhadap kaum wanita yang mereka sayang.Then, tunjukkan sikap yang tak matang tu sampai menyebabkan kaum wanita ni menangis dan melalak.Pelik!Kalau sayang, kenapa wujud rasa nak berego terhadap mereka?
Aku bagi satu situasi la.
Si Abu dengan Si Joyah dah lama kapel. Joyah sangat suka tengok movie kat wayang tapi berbeza pula dengan Abu yang suka main game dalam komputer.Disebabkan Abu tak suka tengok wayang dan bergaul dengan dunia luar,Abu pun mengongkong Joyah dengan melarangnya menonton wayang dan menyuruhnya duduk di dalam rumah je.Dan Abu ni pula jarang menghabiskan masa dengan Joyah kerana masanya dihabiskan dengan bermain game sampai lebam.Bila Joyah tanya,kenapa dia tak boleh nak tengok movie di cinema,lantas Abu menjawab,"TAK BOLEH.AWAK TU KAN PEREMPUAN."
Lagi situasi untuk memahamkan persoalan.
Leman pakwe kepada Wawa.Wawa mempunyai perwatakan yang menarik dan peramah.Memang ramai kawan-kawan senang dengan sikap dia.Jadi,tak hairanlah Wawa memang ramai kenalan berbanding dengan Leman yang mempunyai perwatakan yang pendiam tapi diam2 berisi.Leman melarang Wawa berhubung dengan kawan2 lelakinya melainkan hanya dia seorang saja.Wawa pun just follow je sebab tak nak mengeruhkan keadaan kerana dia LEBIH memahami Leman yang kuat cemburu.Tapi disebabkan perwatakan Leman yang diam2 berisi ni telah menambat segelintir kawan2 perempuan di tempat kerjanya.Ada sahaja panggilan dan mesej yang masuk.Dilayannya sahaja tanpa mempedulikan perasaan Wawa.Bila Wawa mempersoalkan keadaan tersebut,lantas Leman jawab."AWAK TU KAN PEREMPUAN.TAK BOLEH KAWAN DENGAN RAMAI2 ORANG!"
Adakah sebab aku dan mereka berjantina perempuan,maka banyak perkara yang menjadi terlarang walaupun ianya bukan terlarang sekalipun?Aku faham,bila disebut sebagai seorang wanita terlalu banyak yang kita perlu jaga dari pelbagai sudut.Cara kita berpakaian,cara kita bercakap,cara kita berjalan,cara kita bergaul.Semuanya diambil kira dan semuanya dipandang berat oleh seseorang lelaki.Tapi kenapa terlalu mengongkong dan menunjukkan ego?
Kadang2 ada segelintir lelaki yang tak mengaku bila buat salah.Buat buduh je sebab mereka-mereka ini tahu yang kaum wanita ni hatinya lembut.Mesti akan pujuk balik lelaki yang berhati keras ni.Tapi bila kami yang buat silap,amboi...marahnya bukan kemain lagi.Siap ungkit2 sampai generasi ke-7.HURM...
Ini bukan pengalaman aku la,tapi pengalaman dari seorang kenalan yang ingin aku kongsikan.Kadang2 aku tak faham,kenapa wujud ego dalam diri terhadap insan yang mereka sayangi?Kalau sayang,kenapa nak marah2?Kalau sayang,kenapa nak tengking2?Kalau sayang,kenapa nak merajuk2?Adakah sebab dah tak sayang???
Ok,post kali ini memang tak ada kaitan dengan sesiapa pun yang membaca post ni.Bukan juga untuk memburuk2kan kaum Adam.Cuma mahu penjelasan,siapa yang patut lindungi siapa?Siapa yang patut menjaga siapa?Adakah semuanya terletak ditangan lelaki sampai kaum wanita terpaksa menurut perintah?
Ok,don't take it too seriously.
Just my own opinion.
Thank you and wsalam...
2 comments
menarik...........
cakapbohong:terima kasih~
Post a Comment