As salam semua.Sebenarnya mata dah ngantuk ni dan tak sabar2 nak tidur malam ni setelah penat seharian memenuhkan aktiviti diluar.Sekarang ni nak tunggu mesin basuh menghabiskan tugasnya membasuh kain baju saya.HEHE.Kantoi pula kuat mendobikan.Takpe2.Biasalah kan,nama pun student.
Tadi masa nak masukkan baju2 dalam mesin,terdengarlah perbualan penghuni2 di aras mesin basuh tu.Mereka bercakap2 dan tiba2 ada sorang minah ni start menyanyi dan bersambung2 dengan kawan2nya yang lain.Mereka nyanyi ikut lagu yang dipasang dari handset mereka.Mula2 rasa kelakar la sebab diorang sambung2 nyanyi ramai2 kan.Lama2 naik syok plak diorang nyanyi.HEHE.Bagus2.Sikap kejiranan yang baik diantara mereka.Memang patut di puji!
Ok,lepas ni nak ampai baju dan kemas2 kan barang tuk esok.Maklumlah esokkan makmal dari pagi sampai petang.Tapi tadi tension la sebab buku log TDR hilang!Entahlah mana saya letak dan terpaksalah tadi tulis report amali dalam kertas testpad biasa je.Esok baru nak cari kat makmal,takut2 tertinggal pulak kan.Doa2 la ada buku tu esok!Amin~
Ok,semoga esok akan jadi hari yang indah buat semua kawan2!Semoga jumpa lagi!


0 comments
Post a Comment