As salam semua.Mula2 nak cerita tentang feedback yang saya dapat dari seorang teman tentang wajah blog saya ni.
"Aik..semua dah kaler pink,tapi tetiba je ada yang kaler biru kat atas tu"
Hehe.Bukan sengaja sebenarnya nak letak wajahku yang berwarna biru tu.Sebenarnya memang ada niat nak buat blog ni baby pink and blue.Tapi belum ada kesempatan lagi nak tuka mana yang patut.Kena lepas dulu tugasan2 penting sebagai seorang pelajar dulu iaitu:
Banyak tau sebenarnya keje tapi setakat ni je la keje yang ada tapi tak termasuk pula keje teknikal lagi.HUHU.Manalah nak sempat ubah blog ni.Takpe,kita gunakan je apa yang ada.Pastu kalau ada masa,boleh je tukar kan.HEHE.
Lama ye tak update blog.Maklumlah hujung minggu ni saya bercuti sakan sampai tak ingat langsung nak bukak buku.Adoi..apala nak jadi kan.Pasni kene puasa tengok wayang la sebab tadi petang saya tengok wayang dua kali berturut2.Lepas movie pukul 2 ptg habis,sambung lagi movie pukul 4 ptg.HEHE.Inilah movie yang saya tengok petang tadi.
Cerita ni memang BEST gilak!Sebab penuh dengan cabaran yang mereka kena lalui disertai dengan pengorbanan yang pasti menyentuh hati sesiapa yang menonton.Ada part yang saya tak leh nak tengok sebab saya ni kan takut dengan darah.Tapi tadi ada tertengok sikit jadi agak sukar saya nak lelapkan mata malam ni.HUHU...
Cerita yang penuh dengan aksi mendebarkan serta pembalasan dendam yang menuntut kematian ayah Steve.Memang best cerita ni sebab mereka merupakan pembunuh upahan yang menggunakan teknik pembunuhan yang tak nampak seperti pembunuhan sebenar.Mereka mengaburi mata pihak berkuasa sehingga pihak hospital tak dapat mengesan punca kematian mangsa adalah disebabkan pembunuhan.Tetapi disebabkan satu kesalahan,mereka dianiaya sesama sendiri oleh ketua pembunuh upahan tersebut.Nak tahu cerita selanjutnya,kena la tengok sendiri.BARU FEEL!
Ni nak cerita pasal kena raba pula.Kejadian ini berlaku dalam ktm ketika saya nak pulang ke UKM.Masa tu pukul 6.15ptg.Memang penuh GILAK ktm masa tu nak adalah agenda tolak menolak dengan penumpang yang lain.Termasuklah saya pun kena juga.HEHE.Masa train dah start jalan saya dapat rasa insan disebelah saya ni asyik gerak2kan badan sampai bergesel2 dengan saya.Saya ni bukan berkira sangat orang nak bergesel2 ni sebab saya paham la dengan keadaan dalam train yang sesak,takdelah nak marah sangat cuma geselan tu tak kenalah pada tempatnya.HAHA.Alamak,malu plak nak sambung citer...
Takpelah,bukan anda boleh tengok pun muka saya.HAHA.Ok2,pastu ada selekoh.Tetiba je insan tu terus paut tangan saya kuat2.Boleh je nak paut tangan saya ni.Saya tak kenakan apa2 bayarab pun tapi lepas habis selekoh tu dia tetap pegang kuat2.Sampai dah naik dari lengan sampailah kat atas lengan.Nasib baik tak sampai ketiak.HAHA!Itulah masalah nya.Saya pun tak paham napelah insan ni tak nak lepaskan tangan saya.Dah la pegang erat2!Lagipun dia bukan berseorangan,ramai lagi kawan dia berdiri sebelah dia.Tak paham betul la saya~
Saya pun tunggu bila lah dia nak lepaskan tangan ni.Makin erat ada la.Masa train sampai ke perhentian,saya pun senyum kat dia sambil longggarkan sikit pegangan dia dengan gerakkan tangan saya ni.Sambil tu saya bagi senyuman manis kat dia minta agar dia faham la sebab dah tak ada selekoh lagi.Dia pandang saya dengan muka tak puas hati dan lepaskan tangan saya pelan2 sebab ingat saya nak kuar kot.Pastu saya pusingkan badan menghadap cermin sambil silangkan tangan.Tak sangka pula ada orang macam ni ye.Bukan apa,saya ni dah la orang yang dia tak kenal.Lepas tu boleh pula paut lama2 sambil buat muka tak tahu dan borak2 dengan kawan dia.Bukan apa,saya malu sebenarnya orang lain tengok kat tangan ni.Dah macam kapel pulak!Adoi..GELI!HAHA~
Oklah,insan tu sebenarnya perempuan la sebab saya sebagai perempuan kenalah duduk kat gerabak LADIES ONLY kan...Dan insan tu adalah warga asing.Indonesia kot sebab bahasa dia memang saya tak faham.Ok,nak sambung buat keje ni.Nanti kita cerita lagi k.As salam semua.
2 comments
haha..
pompuan upenye..
kalo laki mmg x bagi la..
xkesa la de slekoh ke x..
suke2 aje nk pegang tgn orng..
hahah
hana:kalo laki,saya bagi penerajang je la~hehehe~mula2 rasa tak sedap juga tau.nasib bek la saya pandai buat muka!haha!
Post a Comment