Tuesday, March 1, 2011

.:kisah yang memenatkan:.

.

As salam semua.Seperti biasa semalam hari Isnin ialah hari yang memenatkan kerana kami terpaksa ber-makmal dari pagi pukul 9am sehinggalah petang 5pm.Makmal ni tak adalah teruk sangat pun cuma lokasinya yang agak pendalaman jauh dari kemudahan seperti di dalam fakulti.Disini tiada kantin untuk kami dapatkan makanan seperti biasa tapi adalah sedikit jualan makanan ringan seperti bun roti,air mineral dan air kotak.Jadi kami ambil inisiatif sendiri dengan membeli makanan lunch sebelum bertolak ke makmal ini dengan menaiki bas.Kalau sesiapa yang ada kenderaan sendiri,bolehlah keluar beli makanan.Bagi kami yang tak mampu ni,selalunya kami beli awal je la.HEHE.

Semalam kami dikejutkan dengan ketiadaan air di makmal.Jadi bila waktu zohor tu kami agak kelam kabut kejap nak cari air untuk berwuduk.Akhirnya kami jumpa air yang ditakung didalam tong hitam.Jadilah kan daripada tak ada air langsung.Macam2 hal la masa nak ambil wuduk 2 sebab dalam air tu ada macam2 benda.HAHA.Daun keringlah,seranggan terapunglah.Jadi kami pilihlah air yang bersih2 sket nak berwuduk.


Masa orang pertama yang berwuduk tiba2 muncullah spider/labah2 berbelang dari dalam longkang.Terkejut beruk kami sebab labah2 tu besar dan mengerikan!HAHA.Jadi saya halaulah encik labah2 dengan air.Terus beliau lari2 anak menyelamatkan diri.Akhirnya dapatlah kami bersolat zohor petang tu.

Tapi makmal ini memang agak memenatkan sikitlah tapi kami enjoy sebab pensyarah dan pembantu makmal semuanya baik2 walaupun saya tersilap buat eksperimen.HAHA.Yang pastinya kenalah enjoy dalam setiap kerja yang kita lakukan.Takleh tension2,kalau tak memang penat jelah memanjang.Ok,semoga kita berjumpa lagi ye.As salam.



2 comments

Lan Bingka said...

dekat pedalaman tu kira macam kat dalam hutan ke?

+qasih nadira+ said...

Lan:yup3~dalam utan tau~nak masuk naik bas pun kecik je jalannya~dah la jln bengkang bengkok~ngeri kadg2~tapi dah bese dah~tiap2 minggu kene g~hehe~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile