As salam semua!Yeah!Berseorangan ni library.Kali ini nak bercerita tentang peperangan siber yang paling meriah sedang berlaku.Anda tahu tak apa dia?Yeah,betul la tu apa yang anda fikirkan.Semua ini kerana kartun yang dilukis oleh Zoy dalam Berita Harian.Nampaknya memang banyak tentangan dari pelbagai pihak,termasuk la CNN!Siapa tak kenal CNN kan.Media massa yang sentiasa hangat dengan berita2 terkini dan sensasi.
Tadi saya berkesempatanlah nak tengok komen2 yang dihantar oleh masyarakat apabila Berita Harian meminta maaf secara terbuka di dalam Facebook.HEHE.Nampaknya FACEBOOK memang menjadi medan membuat masalah dan menyelesaikan masalah.Takut dimasa akan datang ada pulak yang menyelesaikan krisis rumahtangga dalam facebook tanpa meminta nasihat yang pakar.Macam2 boleh berlaku kan.DUNIA OH DUNIA.
Ok,berbalik pada perang ciber ni,minda saya terbuka sikit dengan pendapat orang mengenai isu ultraman ni.
Ada yang kata,Ultraman yang hebat didalam kaca tv tu pun tak mampu untuk melawan tsunami,hanya kuasa Allah yang lebih besar.Memang betul la apa yang beliau cuba terangkan pada kita.Saya pun tak nak berpihak pada siapa2.Kerana masing2 menang ada hak untuk menyuarakan pendapat.Jadi,kita hormati je la.Bila CNN masuk campur,ada la segelintir masyarakat kita berang dan mengimbas nostalgia dulu apabila pihak media massa di barat memperlekehkan Nabi Muhammad s.a.w melalui kartun mereka.
"Kenapa dulu masa kartun Nabi Muhammad diperlekehkan,tak ada pulak suara2 tak puas hati macam ni.Ni baru Ultraman dah kecoh."Ni antara pendapat mereka la.Bukan saya ye.Jangan serang saya nanti.HEHE.Ada pula segelintir masyarakat Indonesia yang tidak berpuas hati denga tindakan Berita Harian lalu menyuarakan pendapat mereka dalam ruang komen tersebut.Tapi dibalas tak puas hati dengan rakyat Malaysia.Yela,ni kan masalah orang Malaysia.Marahlah bila ada yang masuk campur.
Em..kesimpulannya benda ni dah berlaku dah pun kan.Bagi saya,Berita Harian dah minta maaf jadi kita maafkan je la.Lagipun janganlah pandang sesuatu tu dari sudut negatifnya.Cuba berfikiran dengan lebih terbuka.Kalau memang dah salah sekalipun,usahlah bertegur dengan cara yang kasar.Mereka pun manusia macam kita,tak lari dari melakukan kesilapan.
Ok,sesiapa yang nak baca perang siber ni,boleh lah terjah ke sini! +Facebook BH+ . Itu je kali ini.Semoga jumpa lagi.As salam.Ambil yang jerneh,buang yang keruh,baru teguh peribadi.
p/s:mengantuknya duduk sorang2 ni.Rasa nak tidur dalam surau je ni.TABAH!
4 comments
betul. amat setuju dengan pendapat cik nadirah. bila semua asyik pandang dari satu sudut negatif je, x kan selesai msalah tu.. kan?
latest : Pencipta Pokemon Mati Akibat Tsunami Di Jepun?
HYDE:mekasih kerana setuju.semoga ada dalam masyarakat kita sedar tentang semua ini.
:)
zoy la syg oi..;)
lan bingka:o0ps~silap la yang..t i betol kan ye~hehehe (malu2)
:P
Post a Comment