As salam semua.Kali ini nak bagi entry yang agak berat sikit untuk dibincangkan.Sebelum saya nak kupas lagi mendalam untuk pendapat saya nanti,cuba kita renung2kan soalan ini.
"Kenapa orang gemok nak kurus dan terpaksa makan macam2 jenis ubat sampai membawa maut pada dia?"Anda nampak semua ini macam bencana kan.Tapi sebenarnya penyebab utama masalah ini sebenarnya ada pada anda sendiri.Tipulah kita semua tak pernah kutuk atau bagi pendapat yang menyebabkan seseorang itu berada dalam keadaan tertekan.Adakan?
"Kenapa anak2 muda sekarang sangat terdedah kepada masalah sosial dengan terjadinya masalah kes buang bayi secara meluas?"
"Kenapa adanya anak bunuh mak bapak sehingga hilang sifat kemanusiaan yang patut ada dalam diri setiap orang?"
"Kenapa orang hodoh nak nampak cantik dengan pakai make tebal2 sampai merosakkan kulit sendiri?"
"Kenapa?Kenapa?dan kenapa?"
Kenapa orang gemuk kena kuruskan berat badan?Sebab orang kat dunia ni tak pernah nak terima dia seadanya.Dia suka makan dan cuba masakan yang baru.Itu memang hobi dia dan dia memang enjoy dengan hobi dia.Tapi disebabkan dia gemuk,kita kutuk apa yang dia suka dan menyebabkan dia rasa tertekan.Sebab tu dia ambil keputusan untuk kuruskan badan dengan kurangkan pemakanan dia.Kalau anda tolong dia,takpe juga.Tapi anda kutuk2 lagi kata dia tak mungkin kurus.Itu menyebabkan dia ambil JALAN MUDAH dengan telan ubat kurus.Akibatnya?Em...
Kenapa berlakunya masalah sosial dalam kalangan remaja kini?Siapa yang sepatutnya dipersalahkan?Tahu tak anak2 dilahirkan umpama kain yang suci tanpa mengetahui apa2 tentang dunia.Mereka hanya tahu ketawa dan gembira.Mereka tak suka menangis dan bersedih.Memang lumrah anak2 muda suka suasana yang enjoy dan membuatkan mereka gembira.Tapi kenapa mereka pilih jalan yang salah untuk membuatkan mereka rasa enjoy?Seperti hisap dadah,lumba haram,berkhalwat dll.Selalu kita dengar,lenturlah buluh dari rebungnya tapi kita selalu leka.Kita biarkan anak2 disekolah tanpa ambil peduli bila mereka akan balik,dengan siapa mereka ke sekolah,apa yang mereka buat disekolah.Kita hanya tahu untuk mengejar harta dunia tanpa menyediakan apa2 bekalan untuk akhirat.Sebab tu anak2 pilih JALAN MUDAH untuk mencari keseronokan mereka sendiri.Ini disebabkan mereka ditekan dengan suasana dirumah yang tidak berseri.Akibatnya kita boleh lihat sendiri apa sandiwara yang mereka lakukan di dalam media massa.
Kemana hilangnya sifat kemanusiaan kita untuk menyayangi insan2 yang membesarkan kita.Apa yang menyebabkan dia membunuh ibu bapa dia.Adakah bisikan syaitan dan suara2 jahat di alam ghaib?Memang tak dinafikan wujudnya makhluk ini tapi bukan ini penyebab utamanya.Mereka ditekan oleh dunia luar untuk memuaskan hati pihak yang lain.Mereka memerlukan duit yang melebihi kemampuan mereka sendiri.Jadi mereka ambil JALAN MUDAH dengan membunuh orang lain dan merompak barang2 mangsa.Sedangkan mereka boleh pilih jalan yang lain jika mereka tidak ditekan dan diugut.Maka,wujudlah sifat binatang dalam diri mereka.
Kenapa orang hodoh nak kelihatan cantik dengan memakai make up tebal2.Sedangkan mereka tak mampu nak beli make up yang mahal dan menjamin keselamatan kulit mereka.Kita tahu kulit muka merupakan tempat yang paling sensitif dan perlu penjagaan yang rapi untuk mengelakkan pelbagai jenis penyakit kulit.Tapi kenapa segelintir orang ambil JALAN MUDAH dengan beli produk muka yang murah demi untuk kelihatan cantik?Sebab mereka ditekan oleh dunia luar.Mereka tak dapat cari kerja kerana ada segelintir majikan hanya mementingkan kecantikan berbanding bakat.Tak adilkan dunia...
Saya dah banyak kali jumpa manusia macam ni.Rasa kelakar sangat bila orang meneliti seseorang tu dari paras rupa dan bentuk badan.Saya tahu,kebanyakkan orang suka pada kecantikan dan kesempurnaan tapi kenalah ingat ada perkara lain yang kita sendiri tak mampu nak ubah.Penindasan ini saya labelkan sebagai 'a silent lethal'...PEMBUNUHAN SECARA SENYAP.Orang takkan nampak kita mati didalam diri kita sendiri.Kerana itu wujudnya sifat kebinatangan,sifat tamak haloba,sifat kedayusan dan kebodohan dalam diri seseorang.Golongan seperti ini tidak dapat berfikir dengan waras dan rasional.Semuanya disebabkan oleh PENINDASAN ORANG YANG BAJET SEMPURNA!
p/s:Hahaha,apalah aku merepek ini!
7 comments
paling senang.
bersyukurlah dengan apa yg ada :)
Gemuk????? sebenarnya gemuk adalah pada fizikal dan pandangan mata saja..
orang gemuk sebenarnya tidak perlu kuruskan badan kalau ia merasa selesa dengan keadaan fizikalnya..Cuma masalahnya adalah dari sudut kesihatan.Gemuk sinonim dengan obesiti..Ia juga boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit lagi..
Satu lagi masalah ialah pengkutuk 2 org gemuk nii...dah la kadang 2 mereka ni dijadikan bahan ketawa...
jangan sampai kutukan 2 membawa kepda kematian.
sasya:kalo kita kuat untuk tentang anasir2 jahat 2,Insyaallah kita boleh bersyukur dgn apa y kita ada~y penting,kena kuat!
cakapbohong:tau x pe~org y mengutuk 2 mmg sedap la dia main ckp je~ni org y mendengar nye y sakit telinga~huhu~nape la x penah nak jumpe org y boleh terima kita seadanya~ ;(
memang susah nk cari org yg boleh terima diri kita seadanya...tapi org 2 memang ada...
nnt insan yg menjadi suami Qasih adalah org yang seharusnya dapat menerima Qasih seadanya....
Masalah sosial skrg memang belambk lambak..
nk buat mcm mana ..mereka dah pilih jalan 2 untk mereka ikut
Pokok pangkalnya adlah salahkan pada diri mereka sendiri.
Mereka sepatutnya sayangkan diri mereka..
Melentur buluh biar dari rebungnya memanglah pepatah untuk mendidik anak tapi tidak semua rebung akan menjadi buluh.
ada rebung yg tebantut..ada rebung yg x sempat jd buluh dah dijadikan makanan..
cakapbohong:Insyaallah~harap dapatlah insan y baik tu~ :)
betol jugak ckp awk 2~pendapat y begitu baiklah bagi saya.sy hormat pendapat awk~ :)
Blade Edge:wsalam~happy blogging to0~saya dah terjah ke blog anda!
Post a Comment