As salam semua.Apa yang sayang2 ni?Kali ini saya nak membincangkan tajuk yang agak berat sebagai renungan kita bersama.Pagi tadi kawan baik saya bercerita tentang sebuah badan kebajikan yang menempatkan pelbagai latar belakang masalah sosial remaja bagi memberi mereka peluang untuk memperbaiki diri mereka setelah melakukan kesilapan dalam hidup mereka.
Tiba2 terbuka cerita perihal seorang remaja perempuan yang telah "dididik" oleh ayahnya cara yang "betul" untuk menunjukkan kasih sayang anak tersebut kepada ayahnya,iaitu dengan melakukan hubungan sulit dengan ayah tersebut.Kanak2 ini yang masih belum tahu apa itu "seks" telah "diajar" oleh ayahnya untuk melakukannya dengannya sebagai tanda "sayangya" pada ayahnya.
Terkejutkan?Bagaimana seorang ayah yang sepatutnya menjadi seorang ketua yang perlu melindungi anaknya menjadi seperti binatang dengan melepaskan nafsunya terhadap anak kandungnya sendiri!Saya mendengar cerita ini dari seorang kawan.Selepas itu saya pula mula menambah cerita.
"Aku ada terbaca berita tentang kisah ini juga tapi konsepnya terbalik iaitu anak lelaki berasmara dengan ibu kandungnya sendiri!Em..ini lagi kisah pelik dimana anak muda tersebut dalam lingkungan 20-an masa itu dan ibunya dalam 50-an.Bagaimana untuk menggambarkan situasi ini?"
Terus kawan saya menarik nafas terkejut dan berishgtifar....Nau'zubillah....Semuanya bermula pada diri kita sendirikan.Apabila otak yang PERCUMA ini disalahguna demi kepentingan diri sendiri.Apabila nafsu ini disalah maksudkan demi memuaskan diri sendiri.
Perkara ini bukannya perkara baru yang berlaku disekeliling kita.Perasan tak anda,masalah gejala sosial ino berlaku serentak dan mengikut musim yang tertentu?Bila kes buang bayi meningkat,ia bagaikan musim buah durian dan rambutan.Dimana2 sahaja kita mudah menjumpai bayi terbuang.Di celah2 longkang,di lorong2 gelap,ditebing2 sungai mahupun di mulut2 anjing dan binatang liar.
Dimana agaknya kematangan kita sebagai masyarakat yang bertamadun?Masih ada istilah "harapkan pagar,pagar makan padi".Minta2 kita dijauhkan dari bala dan bencana seperti ini.Insyallah...

2 comments
nk tambah satu lagi
"haruan makan anak"
berat 2......apa nk jd,apa nk jadi.
teruk tul....
cakapbohong:betol2~perumpamaan y betol utk mggambarkan situasi ini.Doakan la mereka mdapat petunjuk dari-Nya dan kita pun dijauhkan dari bala ini~
:)
Post a Comment