As salam semua.Rasanya saya dah berjaya repair balik blog saya ni dengan menggunakan layout baru cuma saya tak tahu macam mana nak kembalikan balik navbar saya kat atas tu.Dah macam2 saya godek dalam setting and design tapi masih lagi gagal mencari mana hilangnya navbar tu dan menyebabkan saya sukar untuk tekan dashboard,new post and sign out.Sesiapa yang tahu macam mana nak settle masalah ini,anda amat2 lah dialukan untuk menolong saya yang tak tahu ni.Terima kasih.
Hari ini memang dugaan sangat masa kat kelas tadi.Dari pagi sampailah sekarang saya diserang penyakit orang perempuan.Dah macam2 petua dah dibuat tapi hampa sikit sebab masih lagi sakit.Rasanya inilah saat paling sakit sepanjang saya bergelar seorang wanita.HUHU.Harap2 esok dapat bangun dengan sihat dan tak sakit lagi sebab tadi dalam kelas memang tak dapat nak tumpukan perhatian.Dalam kepala ni memang dah set nak rehat dan tidur je kat bilik.ADOI..
Bila cuti tahun baru cina makin hampir,maka makin hampir juga lah exam midsem saya.Rasa cuak sangat sebab subjek untuk sem ni sangatlah tough kerana gabungan kimia dan biologi.Saya ni sangatlah lemah dengan kimia ni.Bukan pe,kalau biologi tu kalau tak paham sangat boleh la hafal juga.Tapi lain sikit dengan kimia.Kalau tak paham,setakat hafal tu takkan betullah dalam paper nanti sebab soalan bukan melibatkan teori semata2 tapi lebih kepada praktikal dan formula.Mula agak tension bila masuk kelas biokimia sebab apa yang diajar kurang faham sangat.Maknanya saya kenalah work very hard for the subject.
Hari ini baru saya sedar yang saya ni ada satu habit buruk lagi.HAHA..Apalah banyak sangat habit ni.Tadi masa tengahari saya memang teringin sangat nak makan KFC.Semua kawan ada kelas dan hal masing2 jadi saya memang plan nak keluar sorang2 tapi disebabkan penyakit perempuan saya menyerang gila2 masa tu,saya batalkan je hajat nak keluar ke Kajang.Jadi,perasaan nak makan 2 jadi bertambah.Masa kat pusanika,saya beli kebab,roti,nudget,fishball,kerepek,keropok dan masa kat kolej saya beli nasi tengahari.Paling best sebab saya tak habiskan pun semua tu sebab perasaan nak makan ada tapi selera tak ada.ISH2...Buruk betol perangai.Dah la membazirkan..
Cukuplah cerita untuk hari ini ye.Esok saya harap adalah hari yang lebih baik dari hari ini dan saya akan lebih bersemangat nak belajar dan siapkan assignment.Semoga berjumpa lagi tau.As salam.
Wednesday, January 26, 2011
.:Hari ini:.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

4 comments
sedapnya membazir..;)
Lan:hehehe~sedaaaaapppp~ :P
caranya senang nak dapatkan dashboard,tekan butang back(<-) kat kiri atas windows...setel
dan senggugut memang best~ caranya peram dengan sesuatu yang suam.air panas dalam botol di bungkus dengan kain tebal lepas tu di letak kat bahagian abdomen area bahagian bawah 'berkenaan',sori tak mahir kat mana.kalau melecur padan muka...setel.
daus:bagusla wei petua2 ko ni~t aku buat k~petua senggugut tu aku dah buat pun~tghmalam td baru x sakit~huhu~tq~ :)
Post a Comment