As salam semua.
Kali ini nak bercerita tentang cerita dari kawan baik saya.
Masa cuti aritu,dia ngan adik dia pergi beli kasut baru kat mall.
Lepas dah cuci mata,dia pun beli sepasang kasut cantik.
Dah sampai kat rumah,dia bukak kotak kasut tu dan pakai la kat kaki dia.
Masa dia belek2 kasut tu dia nampak 3 titik kat dalam lining tu.
Mula2 dia tak terfikir pun tentang kulit babi tu.
Dia pandang je adik dia try kasut tu kat kaki dia pula.
Lepas search internet pasal kulit babi tu baru dia yakin yang kasut baru yang dia beli tadi memang betul2 ada lining kulit babi.
Esoknya dia pulangkan semula kasut tersebut dan menukarkan dengan kasut lain kerana duit tidak boleh dipulangkan.
Sampai dirumah,dia ajak adik dia samak kaki masing2.
Ini antara dialog mereka.
adik:akak,kenapa kita kena basuh kaki dengan air tanah ni?
akak:ini untuk lembutkan kulit dik.Memang elok kalau mandi dengan air tanah.Kulit jadi lembut je tau.
adik:o0o...
p/s:harap semua boleh pandang berat kes ini apabila nak beli kasut.Bukan kasut sahaja,cover handset dan banyak lagi produk dari kulit babi ini dah terjual dengan meluasnya di Malaysia.Berhati2 k.
Inilah corak untuk mengenali lining kasut dari kulit babi.
Baik2 k.
As salam.

5 comments
tak sensitif betul pihak yg menjual tu. kan sepatutnya diasingkan dan dilabel dengan jelas..hmmm
pernah dengar, tapi belum terjumpa lagi. biasa kalau jumpa kasut yang berkenan, akan tenguk juga ada tak tanda 3 titik. biasa takda terus beli jer.
Lan Bingka:ada kedai y titik berat kan dan ade kedai ambik sikap sambil lewa.pasni kene ade serbuan besar2an kat kdai2 kulit.pastikan hak kita dijamin.
misza:bagus la kalo ada tengok.kene titik beratkan apa y kita pakai dan makan.kita kan Islam.Islam mengajar kita erti berhati2 dan berwaspada.
n__n
eii.. kena hati2 sekaarng ni nak beli kasut
kasim ahmad:bukan kasut je yang boleh mereka kelirukan kita.mungkin lepas ni akan ada banyak lagi produk lain.bhati2 je la~
Post a Comment