Monday, January 10, 2011

.:explorace di hujung minggu:.

.

As salam semua.Hari ini ahad,9 Jan 2011.Pagi tadi bangun agak lewat sikit sebab tidur pukul 4 lebih pagi.Tidurku tak lena sebab dengan hidung tersumbat dan batuk.Sakit sangat tekak ni malam tadi.Tu yang tidur tak lena.Nasib baik Sabrina kejutkan pagi tu sebab tanya nak turut serta tak dalam explorace tu.Mulanya rasa nak sambung je tidur balik tapi bila difikir2kan kembali,bukan senang saya ni nak ikut apa2 aktiviti yang ada dalam UKM ni dan selepas tu saya ambil la keputusan tuk turut serta.Pagi tu sebenarnya ramai dah berkumpul seawal 8 pagi tapi bagi insan2 yang bangun lewat seperti saya,pukul 9 lebih baru sampai.Nasib baik tak mula lagi explorace tu.Dengan bayaran masuk sebanyak rm1 saya dah siap sedia tuk berlari dan menang dalam explorace ni.HAHA..GILA KENTANG!

Kami dibahagikan 10 kumpulan dan dalam setiap kumpulan ada 5-6 ahli.Dalam kumpulan tu memang tak kenal langsung antara satu sama lain tapi ada la slot suai kenal yang pendek kami buat kejap sebelum explorace tu bermula.Sebelum masuk explorace ni memang dah bayang2kan apa yang bakal saya buat tuk dapatkan klu2 di tempat checkpoint.Terimbau2 kenangan di sekolah dulu bagaimana kami dibuli oleh senior untuk mendapatkan klu.Dapat bayangkan juga muka2 senior yang bakal gelak2kan kami ketika menyelesaikan tugas di checkpoint2 tertentu.HAHA...SIAP SEDIA LA KO!!!

Mula2 rasa pelik sangat sebab kami disuruh mempunyai sebuah tafsir al-Quran dalam setiap kumpulan.Eh,nak watpe pulak bawa tafsir ni.PELIK SEBENTAR...Lepas tu kami diberi klu yang pertama.Saya buka klu tu dan pelik kejap sebab ada nombor je.EH,KENA KIRA BEARING KE?OH!Klu tersebut berdasarkan ayat Al-quran rupanya.KERDIL KEJAP RASANYA DIRI NI...

Kami pun berlari2 penuh kesungguhan selepas maksud ayat al-Quran itu membawa maksud tentang gunung ataupun tempat yang tinggi.Kami mendaki bukit dengan penat lelahnya.Sampai di checkpoint pertama,kami ditanya pasal tayamum.Kami dikehendaki bertayamum dan menunjukkan cara yang betul dengan menggunakan tepung sebagai ganti dengan debu.Kerana atas bukit tu basah terkena air hujan semalam.Lagipun kawasan tu kurang bersih kerana merupakan tempat projek pembinaan bangunan baru.Selepas bertayamum,kakak kat checkpoint tu tanya apa asal kejadian kita.Aku dengan bersungguh2 menjawab,TANAH!Yeah..BETUL..Tetiba akak tu cakap,"Jom kita cari kawasan tanah yang lapang dan sujud ke tanah sambil berdoa kepada Allah"Aku pun sujud je la seperti mana akak tu suruh.Mula2 aku tak paham gak nape kami disuruh sujud tapi bila dah sujud dan berdoa tu baru aku paham.Rupanya explorace ni bertemakan Islamik.Rasa seronok sangat sebab inilah kali pertama aku masuk explorace macam ni.Mana ada buli2 macam dulu.Rasa lebih tenang walaupun berlari sampai ke tengahari.

Sepanjang explorace ini aku rasa lain plak yang wujud dalam hati.Susah aku nak cakap dan simpulkan apa yang aku dapat sepanjang aktiviti ini sebab apa yang berlaku sepanjang hari ini ada kaitannya dengan diri aku.Aku sedar dan ada membuat perubahan tapi takkan ada yang nampak perubahan itu sebab kebanyakkan manusia hanya menilai perubahan itu melalui apa yang zahir di nampak.Bukannya secara batin yang sesiapa pun tidak nampak.Orang boleh menyuruh aku buat itu dan ini tapi aku tak faham kenapa aku tak buat.Walaupun aku sedar apa yang diorang suruh aku buat itu adalah perkara yang baik.

Aku bersyukur sangat sebab aku adalah manusia yang senang menerima pendapat orang lain walaupun dulu aku jauh berbeza dari sekarang.Banyak aku belajar dan aku alami dalam hidup ni cuma kadang2 aku rasa keliru dengan pilihan yang perlu aku buat.EMM..rasa malas nak pikir masalah ni.Nak hidup seperti orang normal yang ada kehidupan normal.Boleh ke?

2 comments

Lan Bingka said...

menarik gak konsep explorace ni..

+qasih nadira+ said...

Lan Bingka:agak la~sy pun setuju dengan awk~ :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile