As salam semua.Kadang2 kita selalu inginkan kehidupan yang sempurna sepertimana yang kita rancangkan.Tapi ada ketika Allah takkan memberi apa yang kita mahu.Kenapa?Kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat kita.Dia taknak berikan apa yang kita idam2kan kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Melihat setiap perkara.Jadi Dia memilih untuk tidak memberi sesuatu yang kita anggap sempurna.
Pernah tak kamu mencari dan menyelongkar tentang diri kamu sendiri?Pernah tak kita terfikir apakah kekuatan dan kelemahan diri kita sendiri?Saya tak pernah fikirkan apa kekuatan yang saya ada kerana tak semua orang boleh terima apa yang kita fikirkan tentang kekuatan diri kita.Contohnya dalam situasi begini:
Saya order mee bandung tapi apa yang saya dapat adalah kueh teow bandung.Orang akan tegur dan marah kerana kesilapan kecil ini.Tapi saya boleh je terima walaupun saya sendiri tak pernah rasa kueh teow bandung.Tapi berbeza dari pandangan orang lain.Dia tak boleh terima kesalahan orang lain.Bagi saya ini adalah sikap tolerasi.Ini kekuatan saya tapi kelemahan bagi orang lain.
Hanya kita sendiri yang sedar apa kekuatan yang kita ada.Tidak bagi orang lain.Jadi,yakinlah dengan diri sendiri walaupun kita rasa keseorangan kerana tidak ada yang mempedulikan hal kita.Janganlah berasa sedih kerana setiap apa yang kita lalui adalah rahmat dari Allah untuk hamba-Nya.
Kita akan rasa gembira bila kita dikelilingi anak2 yang menceriakan suasana di dalam rumah.Kita rancangkan kehidupan mereka dan kita sedaya upaya berikan apa yang mereka mahu.Tapi kita jarang mendengar keluh kesah mereka.Kita tak ambil peduli apa yang mereka rasa bila kita biarkan mereka keseorangan.Kita mahukan kehidupan yang indah seperti pelangi tapi kita tak sedar bahawa diri kita sendiri yang merosakkan pelangi tersebut.Kita biarkan anak2 memendam perasaan marah,iri hati,dendam dan sedih.Kita biarkan pelangi itu hilang dari langit.
Apa yang saya nak cakap disini adalah tentang hubungan kekeluargaan sebenarnya.Sedar tak semua,siapa diri kita sekarang adalah asalnya dari didikan di rumah.Jika kita menjadi seorang yang tegas dan kasar,kita sebenarnya dibesarkan oleh ibu bapa yang tegas dan suka mendesak kita.Jika kita menjadi seorang pemarah dan cepat terasa hati,kita dibesarkan oleh ibu bapa yang suka manjakan kita dan beri apa yang kita mahu sehingga kita tak pandai untuk berdikari.Dan jika kita bersifat penyabar dan penyayang,kita dibesarkan oleh ibu bapa yang memahami dan mengambil berat.
Semuanya dari rumah.Oleh itu,jika kita rasa ada sesuatu yang tak kena dengan diri kita,baliklah ke tempat dari mana kita bermula sebagai manusia,iaitu di rumah.Kadang2 ibu bapa kita perasaan sifat kita yang sentiasa berubah2 tapi ada segelintir ibu bapa yang fikir hal ini remeh dan tak penting kerana bagi mereka apa keperluan yang kita mahu,mereka boleh dan mampu sediakan.Komunikasi adalah perkara terbaik dalam menyelesaikan masalah ini.Mereka perlu tahu apa yang kita pendam selama ini kerana saya takut perkara tersebut akan menjadi dendam kesumat.
Dari rumah kita akan dapat apa kekuatan dan kelemahan kita.Kita jadi diri kita kerana didikan dan cara ajaran dari ibu bapa.Menjadi ibu bapa bukanlah perkara yang mudah.Banyak perkara yang perlu kita fikirkan.Kadang2 kita juga perlu berkorban banyak perkara kerana anak2.Jadi,sesiapa yang nak berkahwin dan ada anak 2,rancanglah baik2 dalam didikan kepada anak2.Selami pengamalan2 orang2 yang dah lama berkahwin.Berdoalah agar kita dapat jadi ibu bapa yang cemerlang dalam melahirkan anak2 yang soleh dan solehah.
Thursday, January 27, 2011
.:hidup tak seindah pelangi:.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

5 comments
Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!
lalala~~
Lan:hehehe~sedap ayat2 awk ye lan~mcm ada maksud lain~lalala~
maksud apa ye..huhuhu
Benar Qasih, peribadi dan jati diri kita sebenarnya bermula dari rumah. Ibu bapa yg perlu mencorakkan kehidupan anak2 sejak mula dilahirkan.
Lan:hehehehe~mana tau~awk la y cakap~
mekar:sy setuju dgn mekar~semoga ajaran y baik dari ibu bapa akan semekar baiknya peribadi kita~
Post a Comment