Wednesday, January 12, 2011

.:apa yang buat anda tak yakin?:.

.

As salam semua.Kali ini saya nak bercakap tentang yakin diri.Tapi ini bukan slot cara nak tinggikan yakin diri anda tapi lebih tertumpu pada faktor yang menyebabkan kita kurang yakin diri.

Ini kisah benar dari apa yang saya dengar dari kawan2 tentang kisah seorang kawannya yang lain.Pada mulanya dia ditawarkan kos yang memerlukan dia bercakap dan memberi hujah tentang sesuatu perkara di hadapan kelas.Tapi disebabkan dia kurang yakin diri,dia sanggup gugurkan kos yang dia ambil selama setahun itu dan mengulang tahun pengajian dalam kos yang berlainan,hanya kerana sebab kurang keyakinan untuk bercakap di khalayak ramai.

Pasti anda pun ada kelemahan masing2 yang menyebabkan anda menjadi kurang keyakinan apabila diminta memberi hujah dihadapan ramai orang.Ini antara faktor yang boleh menyebabkan saya sendiri kurang berkeyakinan untuk berdiri di khalayak ramai.Mungkin ada diantara semua ada persamaan dengan saya.

Saya menjadi kurang berkeyakinan apabila:

1)Tidak memakai bedak (SEYES WEI!Tapi bagi saya tak susah nak bajetkan bedak saya setiap bulan sebab ianya murah dan mudah didapati di mana2 kedai jamu,watson,guardian dan farmasi.HEHE..Sangat sesuai dengan kulit saya juga.MY PIXY~)


2)Orang menegur pakaian yang saya pakai.(Ini pun menjadi penyebab utama yang menyebabkan saya nak balik awal kalau dah abis buat keje diluar.HUHU.Tak pun saya akan beli baju lain yang elok dimata si pengkritik.)


3)Tudung yang saya pakai tidak terletak pada koordinat dan sudut yang betul.(Ini pun sangat penting juga sebab sebelum keluar dari bilik saya akan pastikan tudung elok pada pandangan saya.Lantaklah pada pandangan orang lain.Saya juga akan elakkan dari berjalan tempat y ada kipas.Kalau angin tu tak dapat nak dielakkan la.Jadi,cepat2 pergi cari cermin!HAHA)


4)Perlu untuk pegang sesuatu kalau bercakap di hadapan.(Kalau tak,alamatnya memang kena ketawalah sebab semua nampak tangan saya yang kuat menggeletar ni.HUHU.Banyak kali sebenarnya pernah bercakap di khalayak ramai dan selalunya saya akan pegang pen la.Baru nampak maca terpelajar sikit.Tak pe,berlakon hebat kadang2.HEHE)

Rasanya ada lagi kot cuma tak perasan pula.Tak pelah,nanti kalau ada lagi dari pihak anda semua,sudi2 kanlah nak kongsi bersama2 saya.Mungkin kita dapat bincangkan masalah tersebut dan cari penyelesaiannya bersama2.Ok,saya nak berhenti tulis disini dulu.Moga kita dipanjangkan umur dan berjumpa lagi.As salam semua.

MUTIARA KATA 66:

Ingatlah firman Allah s.w.t,
Sesungguh tiap2 suku telah mengetahui tempat minumnya(masing2) (al-Baqarah:60),
demikian juga firman-Nya,Dan bagi tiap2 umat ada kiblatnya(sendiri) yang ia menghadap kepadanya
 (al-Baqarah: 148)


2 comments

Lan Bingka said...

nanti saya pasang kipas kuat2..;p

+qasih nadira+ said...

Lan Bingka:jangan la~kang lagi lama sy kat toilet btolkan tudug~jahat ni~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile