As salam semua.Kali ini saya nak bercerita tentang orang lain sebab selalu kita akan lihat kelebihan orang lain sebelum membandingkan kekurangan pada diri kita.Hal ini kerana manusia jarang mengamalkan erti SYUKUR sebenar.Bila berapa dalam kesusahan,kita akan menyalahkan orang lain dan ada yang lebih teruk akan menyalahkan ketentuan Allah.Kenapa?
"Aku selalu tengok kau ni senang je.Ada syarikat besar,ada kereta besar,gaji pun besar,isteri pun besar..Oppss.."
Kita selalu mengagumi kelebihan orang lain tanpa sedari kita telah meletakkan diri kita lebih bawah dari orang tersebut.Persoalannya,kenapa kita bersikap begitu?Sedangkan kita juga ada kelebihan.
Sebaliknya jarang kita nak ambil tahu apa permasalah orang senang tersebut.Itulah kata orang,bila orang senang,kita boleh je nampak walaupun ia sebesar semut.Kalau orang tu susah,sebesar gajah kesusahan tu pun kita buat2 tak nampak.Em..
Aku pernah juga berjumpa dengan orang macam ni.Aku hanya mampu tersenyum kerana di sebalik senyuman dan kebahagiaan aku ada terletaknya kesedihan yang orang lain tak nampak.Siapa la nak berkongsi perkara duka kan.Mesti payah nak bagitau orang lain masalah dan perasaan kita.Dalam hati,aku kagum juga la sebab pandai gak aku ni berlakon macam tak ada masalah.HAHA.
Saturday, January 22, 2011
.:bukan orang senang selalu senang,adakala mereka juga berasa sedih:.
Bila kita nampak orang lain ada kereta besar,
Bila kita lihat dia mampu beli baju mahal2,
Bila kita lihat dia mampu pergi ke tempat yang jauh,
Bila kita lihat keluarga dia datang menziarahi,
Bila kita lihat dia bahagia di samping teman istimewa,
Bila kita lihat dia langsung tak ada masalah kewangan,
Bila kita lihat dia gembira bersama2 temannya,
Bila kita lihat barang dia berjenama,
Balik la ke rumah.
Kerana kita BERSYUKUR ada ibu yang akan menyambut kita dengan senyuman,
Kita masih ada ayah yang sudi berborak dan berkongsi cerita,
Kita masih ada lagi adik2 pengubat sepi di rumah,
Kita masih ada lagi rumah yang mempu meneduhkan dari hujan dan matahari,
Kita masih boleh makan hasil dari tangan ibu kita,
Kita masih boleh pimpim tangan dan cium tangan mereka,
kerana dari rumah la...KEBAHAGIAN tu masih ada untuk kita..
Pernah tak kita terfikir?
Pernah tak kita bersyukur?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments
Post a Comment