Wednesday, January 19, 2011

.:aunty,duduk la:.

.

As salam semua.Kali ini nak cerita tentang kisah saya dalam train.Masa tu letih sangat selepas dua hari berturut2 saya keluar bersuka ria sambil melupakan kerja2 di U.Huhu.Rasa bersalah kejap.Ok,masa tu nampak train sayup2 dari jauh.Orang pun agak ramai masa tu.Dalam kepala ni memang ingat nak terjah dan tolak menolak je tuk dapatkan tempat duduk dalam train.Tak larat rasanya nak berdiri.

Kali ini elok pulak train ni berhenti depan2 saya.HUHU.Selepas 2,3 orang keluar,cepat2 kaki ni melangkah ke dalam.Memang ganas kejap masa tu.Lepas dapat seat baru kembali ayu sebentar.Haha.Ok,sebelum train bergerak,masuklah seorang aunty cina.Dah agak berumur la.Dia berdiri depan saya tapi saya tak buat apa pun.Tetiba,budak perempuan depan saya,pelawa aunty tu duduk.Dengan gembiranya aunty tu pun duduk dan mengucapkan terima kasih.Wah!Semangat 1Malaysia.Ni yang saya suka ni.Masuk pula seorang aunty cina ni.Saya pandang dia agak lama jugak la.Emm..nak kasi dia duduk ataupun tak ni..Macam tak larat je tengok dia berdiri sambil pegang pemegang besi tu.Kesian plak.Selepas train tu berjalan,saya pun berdiri dan menepuk bahu aunty tu.

"aunty,duduk la tempat saya".
"Eh,takpe.Awak duduk la.Aunty dekat je nak turun ni".
"Eh,tak pe la aunty.Duduk la.Betul ke aunty tak mau duduk ni?"

Selepas sesi pujuk memujuk selesai dan aunty tu enggan nak duduk,saya pun kembali la duduk kat seat tadi.Em..Tak nak pulak aunty ni.Takpe la.Aunty ni pun macam kuat lagi nampaknya.Dengan barang2 penuh dia bawa.Dan masa tu juga saya terlena dalam train.Selepas sedar je,saya tengok aunty tu dah tak ada.Dah turun la tu..Emm..Tempat yang nak dituju pun dah makin hampir ni.Rasa tak sabar nak bertapa bertahun2 atas katil.FULL STOP!

3 comments

Lan Bingka said...

oo..keluar bersuka ria rupanya..

ye2 pelawa, padahal dia nak layan tidur tu..;p

mie said...

selamat bertapa..
ehehheee

+qasih nadira+ said...

Lan Bingka:hahahaha~mmg nak layan ngantok sebenarnya~nasib baik la aunty tu memahami sy~hehehe

mie:selamat juga~hehe~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile