As salam semua.Tadi ada la ronda2 kat fb kawan2 sekolah menengah dulu.Nampaklah gambar2 yang kami ambil bersama masa dulu2.Memang nampak sangat muka kanak2 yang tak matang.Sangat berbeza berbanding sekarang.Kalau dulu ada yang montel,sekarang dah kurus melidi.Kalau dulu ada yang bermata sepet,sekarang sudah bermata bulat dan berwarna warni.Kalau dulu gelap mendung di langit,sekarang dah putih melepak.Macam2 perubahan ada dalam kawan2 aku ni.Nampak sangat masing2 dah matang dan dah pergi jauh dalam bidang masing2.
Siapa yang nak tengok masa aku sekolah dulu?HEHE..Sebenarnya aku pun banyak gak berubah.Dari sekasar kertas pasir,aku menjadi selembut bayu.ACECEH..maaf lah,tak ada yang sudi nak memuji.Terpaksalah angkat bakul sendiri.HUHU..
Tuesday, January 11, 2011
.:dulu,kini dan selamanya:.
Rasa2 mana aku?HAHA...Teka la..
Sebenarnya rasa sebak sangat bila tengok gambar2 lama ni.Lagi2 kenangan yang ditinggalkan di sekolah dulu tak seindah macam orang lain.Aku ni orangnye agak keras kepala dan ada buat banyak masalah.Biasalah,lagi2 dah jadi senior masa tu.Memang pakai otak sendiri je nak buat sesuatu perkara tanpa berfikir dulu.Rasa sedih sangat sebab tak sangka pohon yang aku panjat selama ni tak kukuh.Dahan dan rantingnya rapuh dan tak sekuat balak.Akhirnya,aku rebah dan jatuh juga ke tanah.Disebabkan aku lebih banyak kenangan pilu berbanding gembira di alam persekolahan dulu,aku selalu rasa sedih bila teringatkan zaman dulu.Sepatutnya sebagai seorang pelajar dulu aku perlu buat sesuatu tuk diri aku sendiri.Tapi sedihnya aku GAGAL...
Lepas habis sekolah dan berbekalkan keputusan yang cukup2 makan tu aku berjaya juga menapak ke alam matrik.Aku pun hairan macam mana aku boleh survive dalam keadaan pembelajaran matrik yang padat dan pendek.Kalau diikutkan logik akal pun aku tak mampu sebenarnya nak berjaya ketika matrik.Mungkin SPM dulu membuatkan aku bangkit balik.Sampailah aku berjaya menapak ke universiti pula.
Bagi aku hidup di U bukanlah senang.Banyak yang perlu aku belajar dan korbankan untuk diri sendiri dan orang lain.Aku terpaksa buat keputusan yang sukar.Melalui hari2 yang mengugat kesabaran.Berkawan dengan pelbagai jenis manusia dan berperang dengan perasaan sendiri.BUKAN SENANG...
Bila dah lama2 aku berdepan dengan semua masalah aku,baru aku sedar setiap yang berlaku dulu banyak mengajar aku dalam kehidupan aku kini.Terutamanya,kesabaran dan keikhlasan.Dulu kat sekolah aku ramai kawan2,tak kisahlah laki atau perempuan.Tapi bila di U,aku kurang kawan.Yang ada hanya sesiapa yang hadir dekat dalam hidup aku.Dulu disekolah kami hidup bagaikan sebuah keluarga,tapi bila di U kami hidup sebagai orang asing,walaupun hari2 kita berjumpa dengan mereka.Bila di U takkan ada yang akan ingatkan kita untuk solat,bangun subuh,mandi pagi,makan tengahari dan malam,berjogging petang2,keluar main bowling,keluar berjalan2 dan banyak lagi.Kalau kau pandai buat kawan,otak gila2,jadi ko akan menjadi sebahagian dari satu kumpulan.Tapi kalau kau pasif dan bersendiri,kau akan tetap keseorangan.
Bagaimana kehidupan aku di U ini?Dulu disekolah suara aku seperti halilintar membelah bumi.Ada je kaum adam akan dimarahi aku.Ada je kedengaran hempasan loker besi ketika aku melepaskan geram.Ada je kerusi aku baling untuk melepaskan stress.Sampai lah ada seorang teman aku menegur,"jadilah wanita yang baik...".Mula aku ingat tu gurauan antara aku dan dia.Agak lama juga aku nak fahami apa yang dia maksudkan dan akhirnya aku tau apa yang dia maksudkan.Sampai di U,aku ubah cara pergaulan aku dengan lelaki dan perempuan.Lagipun aku perasan,perasaan aku sekarang lebih sensitif berbanding dulu dan aku boleh kawal emosi dan amarah aku.Cuma yang tak sedapnya ada yang mengambil kesempatan dan tidak hormat pada perubahan aku ni.Aku taknak selama2nya jadi wanita ganas dan kasar.Aku tukar cara percakapan aku supaya lagi elok pada pendengaran orang lain.Aku letakkan kepercayaan kepada orang lain agar mereka tidak menipu aku.BERUBAH...
Tapi yang pastinya aku tak pernah kesal dengan perubahan yang aku buat.Aku tahu,Allah sentiasa menguji hamba2-Nya.Aku juga termasuk menerima ujian Dari-Nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments
no.3 dari kanan..
salah~hahaha~susah nak teka~sebab muka sy sgt lain~
Post a Comment