Saturday, January 1, 2011

.:memori bersama pada akhir tahun ini:.

.

As Salam semua.Lama sangat tak update kat blog ni.Rindu giler!HAHA.

Tanpa disangka,kita dah pun melangkah ke tahun baru 2011.3 hari bercuti,Jumaat,Sabtu dan Ahad.Terfikir sejenak apa yang telah berlaku sepanjang tahun baru ini.Rasa best sangat sebab berkesempatan berjumpa dengan teman baik saya di Mines semalam.Walaupun penat berjalan mencuci mata dan duit,tapi memang best sangat dapat jumpa mereka semua.

Rasa pelik je bila nak menulis di blog ni.Sebab ayatnya dah jadi pelik.Almaklumlah dah lama tak meng-update.Tak sabar nak tunggu minggu depan supaya dapat update blog macam biasa.HEHE.Ok lah,jom layan gambar2 kat bawah ni sambil bercerita tentang semalam.

.:roomate masa kat matrik melaka.Pada dialah tempat mengadu nasib di Melaka.Sangat ceria dan peramah serta mudah berkawan dengan sesiapa sahaja.Orangnya cantik dan putih salju.HEHE.Ada yang berkenan?Meh isi borang dengan saya dulu.HEHE:.

.:lepas hantar ain balik dan bersalam2an dengan maknye,datang pula si telo.Hehehe.Yang kiri tu kawan baik saya jugak.Tempat mengadu masa sekolah menengah dulu.Telo,Doyot,Yot adalah antara nama manjanya yang kami beri.HEHE.Masih keding seperti dulu.Rasa ni la telo yang takkan bulat2.HAHA.

Yang kanan tu teman tidur dulu di sekolah.HEHE.Masih cantik seperti dulu kan.Namanya fizah.Orangnya rendah2 pokok duit2.HEHE.Jangan marah ye yang..Dialah teman jauh dan susah sangat nak jumpa sekarang ni sebab dia dah belajar ke Sabah.Rasa seronok sangat sebab dapat jumpa dia waktu sebelum dia terbang pulang ke sana semula.Love U All!!!

.:jom la layan detik indah kami bersama2 di mines:.

.:Mekasih kat Yot sebab belanja makan dan minum kat kopitiam.hehe:.

.:abaikan kekotoran pada lengan baju tu sebab comot sangat minum oreo blog:.

Nak cerita pasal beli minuman blog ni.Masa tu dengan fizah la.Kitorang nak minum oreo blog sebab haus sangat bercakap dan berjalan dari pagi sampai ke petang.Masa tu ada sorang laki cina yang beli.Lepas dia beli dan bayar,kami pun ke depan la kat kaunter nak order minuman tetiba dengar bunyi BUB!Terus pandang ke arah kiri dan lihat cina tadi terjatuh dan blog yang dia pegang pun tercampak ke bawah.Rupa2nya dia tergelincir sebab lantai kat situ licin.Dah jatuh je,laki tu terus bangun tanpa tengok apa2 dia berjalan macam tak ada apa yang berlaku.Mula2 rasa kesian kat dia tapi pastu rasa kagum kejap sebab laki tu boleh buat macam tak ada pe2 yang berlaku.HEHE.KAGUM!

Sekarang ni saya ada dirumah.Mnghabiskan masa yang ada dengan keluarga sebab lepas ni dah sibuk dengan kerja2 di U serta teknikal.Ok,semoga kita berjumpa lagi dengan cerita2 lain.

As salam.





2 comments

Lan Bingka said...

sekali sekala dapat jumpa kawan lama, memang banyak benda nak cerita..;)

+qasih nadira+ said...

Lan Bingka:tau x pe~bila nak berpisah 2 mmg sedih giler~hehehehe~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile