Monday, January 24, 2011

.:ada apa dengan dengki?:.

.

As salam semua.Kali ini nak berkongsi pandangan dengan semua tentang masalah dengki.Boleh dikatakan separuh dari kehidupan kita sebagai manusia pasti akan bertemu dengan pendengki ataupun kita sendiri yang menjadi seorang pendengki kepada orang lain.Siapa yang pernah ada busuk hati dengan kawan2 dia sendiri?Sila angkat tangan lurus2 k!

Saya pernah ada!
YA,ini memang pengakuan separuh berani mati je sebab habit buruk ni dah lama terpadam dalam diri ni.Bukan senang la nak kikis rasa dengki ni sebenarnya dan banyak kesan buruk berbanding mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri.

Ini kisah yang betul2 terjadi dalam hidup saya.Saya ada seorang kawan.Memang kami berkawan sejak dari sekolah rendah dan kami sentiasa bersaing untuk mendapat tempat di hati cikgu dan mendapat keputusan yang cemerlang.Masa sekolah rendah dulu memang puas hati la sebab dapat kalahkan dia.Walaupun kami mendapat keputusan 5A dalam UPSR tapi hanya saya seorang yang dapat pegang anugerah tokoh pelajar.Rasa best sangat dapat kalahkan semua budak2 pandai sebab sebelum UPSR saya bukanlah antara calon2 pelajar cemerlang yang ditetapkan oleh cikgu.Ini kerana masa saya banyak dihabiskan di atas padang.Saya jarang ke kelas kerana saya terpaksa bersukan walaupun saya rasa tak ada apa2 perasaan masa tu.Tak pernah pun rasa kelam kabut nak studi walaupun masa tu lagi sebulan nak UPSR.Sedih sangat masa tu sebab cikgu tak panggil pun saya dalam meeting pelajar2 harapan.Balik rumah je terus nangis kat umi.Umi baik.Umi suruh buktikan kat semua saya mampu berjaya walaupun saya bukan pelajar harapan.Terbukti!Saya tokoh pelajar.

Bila dah masuk sekolah menengah,saya terkejut sangat sebab dapat sekolah yang sama dengan kawan saya tu.Kami sebenarnya tak berapa nak rapat juga sebab dia bukan jenis bergaul dengan budak2 kelas bawah masa sekolah rendah tapi bila di sekolah menengah,dia berubah!Diajadi baik dan sweet sangat.Ramai yang senang nak berkawan dengan dia.Timbul perasaan dengki pada dia waktu tu.Masa f5 kami duduk sebelah2 meja.Bila dia dapat markah tinggi dalam exam,saya takkan layan dia sampai saya rasa puas hati.Kadang2 saya rasa kejam dan saya tak suka keadaan macam tu sebenarnya.Tapi bila dah masuk U,dia berjauhan dengan saya.Dia di USM dan saya di sini.Dia bukan seorang genius tapi dia pandai dan baik.Teringat waktu SPM dia rajin bertanya tentang perkembangan studi saya.Saya akan cakap saya ok,walaupun masa tu saya tak ok sebenarnya.EGO!

Kini kami dah tak berhubung langsung.Mungkin salahnya pada saya dan saya dah tersedar dari kesilapan tu.Bila saya mulakan kehidupan baru di U ni saya buangkan rasa pendengki tu sebab saya tahu semua insan2 yang saya jumpa disini adalah terbaik yang hadir dalam hidup saya.Saya cuba untuk menghargai mereka.

Cubalah rasa teruk bila kita rasa dengki kat seseorang kerana perasaan tu hanya akan menjarakkan hubungan baik antara kita semua.Bila seseorang tu dah berubah jadi seseorang yang baik,janganlah ada dengki dengan kutuk2 atau mencari silapnya lagi.Dia cuba untuk menjadi lebih baik kerana dia tahu, takkan ada yang sempurna dalam hidup ini.Tapi lagi teruk la pada si pendengki,dah la tak pernah nak berubah jadi baik,lagi pulak nak kutuk2 insan yang nak berubah.Sepatutnya cakap la perkara2 yang indah untuk didengar dan bukannya perkara yang akan menjatuhkan seseorang.TAK SUKA la orang jenis macam ni.

Saya pun dikelilingi dengan insan2 sebegini.Kadang2 rasa kurang senang akan timbul bila dia kutuk kawan saya sendiri.Mungkin saya ni bukan lah yang terbaik untuk menegur orang lain,tapi beringatlah sebelum cakap lepas tentang orang lain.Terus hilang rasa hormat saya pada orang tersebut.EMM..

Dengki hanya membawa keburukan!


2 comments

Lan Bingka said...

kena sentiasa cuba berfikiran positif..:)

+qasih nadira+ said...

Lan Bingka:betol3~ :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile