As salam.Sem ni paling sibuk sebab banyak fakulti dan kolej akan buat dinner di dectar.Malam tadi baru selesai 1 dinner iaitu dinner kejuteraan dan alam bina.Mybe dinner ini khas tuk pensyarah dan staff sokongan.Memang menarik dinner malam tadi dengan bertemakan malam arabia.Masing2 cantik dengan pakaian arab masing2 dan hitam menjadi pilihan hati kebanyakan orang malam 2.
Lama juga la dinner malam 2.Aku ditugaskan untuk menjaga followspot.Semua berjalan lancar la.Paling tak tahan bila bau makanan diorang malam tu.Dah la aku ni tengah berdiet sekarang tapi tergoda sikit la dengan bau ayam.NYAM2~
Lepas abis buat keje,macam biasa kitorang akan tunggu semua tetamu beredar untuk kemaskan set mana yang patut.Malam tadi keje tak banyak sangat sebab kebanyakan nya dah dikemaskan oleh anak buah encik ketua teknikal.Jadi kami hanya duduk dan makan kacang.HEHE.Tetiba ada ahli jawatankuasa Ketua penyamun suruh kami habiskan makanan utama kat tepi dewan.Aku dah tersenyum2 dah.HAHA.Jom penuhkan perut dengan nasi beriani dan paling best,KAMBING GOLEK.Sedap sangat sebab daging dia lembut sangat.Aleen pun makan banyak juga.Ish,rugi tak tangkap gambar diorang melapah daging kambing tu dengan penuh rakus dan berselera.Malam tadi balik dengan perut yang kenyanggggg...
Pagi ni ingat nak keluar kejap.Teman doyot beli hadiah katanya.Dia plan nak g mid n pasar seni.Okep..Tak tahu nak beli pe sebenarnya.Niat memang nak jejalan dan makan.HEHE.
Ok,semoga hari ini akan mendatangkan kebaikan pada semua.Enjoy k!Semoga jumpa lagi.
Saturday, January 22, 2011
.:Kepenatan!:.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments
oo..kalau ada dinner awak kena jaga eh.. awak bukan student kejuruteraan kan? :)
Lan Bingka:nope,saya bukan budak kejuruteraan.Keje wak,kene la buat.untuk kumpul kan dana juga demi kelab teknikal.hehe~
Post a Comment