Thursday, January 27, 2011

.:how lucky today!:.

.

As salam semua.Mula2 nak tarik nafas lega sangat sebab sempat masuk kelas pagi tadi pukul 8.HEHE.Tak sedar sebenarnya dah terlewat pergi kelas pagi tadi.Tu la rajin sangat tangan ni nak snooze alarm.HOHO.Alhamdulillah la dapat juga bagi perhatian dalam kelas sebab penyakit perempuan semalam dah hilang!HEHE.Suka sangat la sebab sakit gila tau!Siapa2 yang tak pernah rasa tu bernasib baik lah.Kalau tak memang kene dok atas katil je la.Pegang perut sampai tertidur sebab bila dah tidur tak adalah rasa sakitnya.

Tadi kat fakulti memang dah bising2 semua nak balik esok untuk cuti sem selama seminggu ni.Saya plak terpaksa balik hari ahad sebab malam sabtu tu ada Konsert Di Raja di UKM.Biasalah kan,keje teknikal.Harap lepas ni tak adalah sibuk macam minggu ni dan minggu lepas.Exam midsem pun dah banyak diumumkan oleh pensyarah.Jadi balik rumah ni tak dapat la nak rileks2 sangat.Kenalah work hard!

Sebenarnya tadi habit makan semalam datang balik la.Tapi kurang sikit la sebab pagi tadi lepas kelas rasa lapar pula.Sementara nak tunggu kelas pukul 11,saya pun g la beli nasi lemak dan kuih 6 ketul walaupun saya tak rasa nak makan pun.Sekarang ni kuih2 tu ada je atas meja ni.Harap leh la habiskan sebelum kelas pukul 6 ptg nanti.Kan membazir tu perangai syaitan..

Malam tadi sebelum tidur,saya akan buka lagu nasyid sebab boleh dodoikan mata ni untuk tidur la.Tetiba dengarlah lagu My Mother.Rasa sedih plak menyelubungi hati.Saya pernah terbaca satu cerita tentang kisah ibu ni.Kalau tak silap saya kisahnya berbunyi macam ni.Kalau ada kesilapan,harap ada yang sudi betulkan.

Waktu tu sebelum roh di tiupkan di dalam jasad seorang bayi,roh itu akan mengadap kepada Si Penciptanya iaitu Allah s.w.t.Ketika itu roh akan berasa sangat sedih kerana terpaksa berpisah dengan kekasihnya Allah.Maka Allah telah berfirman kepadanya.janganlah engkau bersedih kerana ketika kau dihidupkan didunia nanti engkau akan ditemani oleh seorang malaikat yang akan menjaga kamu dengan penuh kasih sayang.Dan malaikat yang Allah maksudkan adalah ibu kita.

Betapa besarnya Allah mengangkat darjat seorang Ibu.Ada juga mengatakan kecewanya seorang ibu,membawa tanda kecewanya Allah kepada kita.Oleh itu elakkanlah gugurkan airmata seorang Ibu kerana tangisannya membawa kita ke jalan neraka.Dapatkan redhanya kerana kita akan mendapat juga keredhaan Allah s.w.t.Suatu hari nanti  saya juga bakal bergelar ibu.Satu tanggungjawab yang berat tapi amat mulia disisi Allah s.w.t.

Tak sabar nak balik hari ahad ni...

5 comments

sArA said...

same2 sngt rindu mak
sebulan lebih da x blik :'(
esok org balik :)

+qasih nadira+ said...

sasya:best la balik esok~saya balik ahad tau~lagi x best~hehe~t kim salam kat parent k n have a safe trip!

Lan Bingka said...

ingatkan tak sabar nak jadi ibu..hehe

sArA said...

tengs qaseh
u too..have a nice day :)

+qasih nadira+ said...

Lan:mana ada la lan~tp mmg teringin pun nak jadi seorg ibu kan~ :)

sasya:okep!tq gak!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile