Thursday, January 13, 2011

.:BERGEMBIRALAH!:.

.

As salam semua.
Siapa yang rasa sedih sangat hari ini?Sila angkat tangan.Angkat tinggi2 k.
Nak tanya,apa yang membuatkan anda rasa sedih sangat?
Bergaduh dengan teman baik kah?
Terasa bila kena marah dengan ibu bapa kah?
Ditinggalkan insan tersayang kah?
Tak cukup duit kah?
Anda sakit kah?



Macam2 sebenarnya boleh menimbulkan perasaan sedih.
Rasa senang sangat untuk rasa perasaan sedih ini.
Disebalik rasa sedih juga kita akan sentiasa ditemani dengan teman baik kita,iaitu,air mata.
Semua pernah mengalirkan air mata kan.
Kata orang,air mata adalah kekuatan bagi seseorang dan saya setuju dengan kenyataan ini.
Selepas puas menangis di tikar sembahyang,atas di atas bantal,atau di dalam bilik air,atau di bawah katil, mahupun di dalam almari,
percayalah,kekuatan itu tetap ada.
Jika kita mahu percaya.

Jika ditinggalkan teman istimewa:
Fikirlah,dia mungkin bukan jodoh yang ditentukan Allah.
Akan ada insan lain yang akan mengisi kekosongan hati.
Kerana Allah telah berjanji,Aku jadikan setiap satumya berpasangan.
Jangan menangis,kerana setiap orang yang baik,
dihadiahkannya seorang peneman yang baik juga.
Jadi,berubahlah menjadi yang baik dan lebih baik.
Yang penting,percaya pada janji Allah.


Jika terus dihantui kesilapan yang lalu:
Biarkan kesilapan itu berlalu seperti angin.
Apa yang telah berlaku,telah ditentukan untuk terjadi,
Ambillah ikhtibar dan teladan,
Jangan ulangi kesilapan.
Setiap manusia dijadikan oleh Allah untuk menyembahkan dan mengingat-Nya selalu.
Jika engkau pernah melakukan sesuatu dosa dan dihantui dalam setiap nafasmu,
maka,bertaubatlah pada Allah.
Kerana kita memang dijadikan untuk sujud dan memohon ampun kepada-Nya.
Itulah diwujudkan TAUBAT...
Kerana,Allah itu Maha Pengampun.


Jika kita terasa keseorangan:
Warnailah hidup kamu dengan seribu satu warna2 di dunia ini.
Hiasilah ia dengan gelak ketawa,sedih dan pilu.
Kerana Manusia ini terlalu istimewa kejadiannya.
Keluarlah kamu dari kepompong yang membahayakan diri kamu.
Carilah perkara baru yang belum anda pernah lalui,
kerana dunia ini terlalu luas untuk kamu.
Percayalah,kamu tidak pernah keseorangan,
kerana Pencipta kamu tetap ada,
cuma kamu yang kadang2 melupakan-Nya.




p/s:gambar ihsan pak cik google.Mekasih pak cik.



2 comments

Lan Bingka said...

kita enjoy!

+qasih nadira+ said...

Lan Bingka:hehehehe~jom enjoy!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile